CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 24, 2009

HAPPY BELATED BIRTHDAY LUQMAN




Niat hati memang nak tulis entry istimewa ni buat anak bongsuku Luqman Al-Hakim pada hari lahirnya 19 Mei yang lalu . Namun ruang masa yang terhad tak membenarkan aku melunaskan hajat hati. Pertamanya lantaran kesibukan membuat persiapan Hari Anugerah cemerlang yang kebetulan diadakan pada 19 Mei juga. Maafkan mak Luqman. HAC disekolah ku tetamu utamanya adalah KDYMM Tuanku Sultan , so bayangkanlah bagaimana persiapann yang harus kami selesaikan.
Halangan kedua sekolah ku juga mengadakan Hari Terbuka Asrama dan perjumpaan waris pada tarikh 20 Mei serta Hari Anugerah Asrama. Asrama memang dibawah kawalan ku , so bayangkan bagaiman kesibukan yang terpaksa aku hadapi. Isk. isk...... kalau aku tak betul kuat boleh tumbang jadinya aku............
Halangan ke3. kami seluruh sekolah juga dalam zon tegang kerana akan dilawati oleh Nazir Sekolah Kluster at any time dalam masa yang sama juga . Hai..... letih den jadinya. Saban tahun dilawati Jemaah Nazir untuk melayakkan sekolah ku menerima pelbagai anugerah ia menjadi seolah-olah rutin yang terpaksa kami warga sekolah hadapinya. Namun tension tetap ada ...
Halangan keempat- Internet kat rumah down. Entah apa masalahnyaa tak dapat dikesan so aku tak dapat nak wish Luqman
Halangan ke5 Broadband aku dipinjam bapa mertuaku Adus ... mati kutulah aku nak buat camno kan aku nak pegang title menantu yang terbaik He..He....
Akhirnya baru hari nilah aku dapat meluangkan sikit masa buat LuQman. Internet dah ok....
Anak bongsu ku ni sangat manja dengan aku maklumlah dia tak da saingan... Sampai sekarang masih duduk atas ribaan aku bila dalam kereta..kalu suruh duduk kat blkg dia akan jawab adik kan kecik lagi baru 6 tahun.... dan jawapan yang paling klise adik nak duduk kat mak sampai adik kahwin ....... Ha..ha.. bayangkan haru biru dibuatnya.


Luqman merupakan seorang yang sangat menghargai . Bayangkan Sejak awal April dia tak pernah miss menulis kad ucapan Hari lahir buatku walaupun hanya atas sekeping kertas kecil. Terharu betul aku dibuatnya.
Pada 18 Mei yang lalu Luqman dah siap pesan. Mak esok jangan lupa Birthday adik ...Jangan lupa bagi kat adik Hadiah tau.... Hai... nasib baik dia ingatkan mak dia yang pelupa ni kalau tak terbabas aku....
Happy Birthday Luqman. Walaupun dah 7 tahun namun adik tetap kecil dimata mak...

0 comments: