CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 27, 2009

DEMAM PEPERIKSAAN

Demam peperiksaan melanda keluarga aku. Mudah ku katakan Mei dan Jun ini adalah musim peperiksaan bagi semua anak-anak ku. Macam ada pakatan pula tp bukan pakatan pembangkang.. he.he. Bermula dengan dua anak teruna kecil menghadapi peperiksaan 17/5 yang lalu.. Tiap-tiap malam jenuh berperang nak suruh baca buku... Iqbal dengan jawapan biasanya .. Rileklah mak abang dah baca buku dah tadi.. atau abang ngantuk ni mak ..esok abang bangun awal abang bacalah. Hai betullah kata orang kalu anak tak tension nak exam mak pula tension.
Tapi yang bestnya Luqman ... Mak, adik rasa adik mesti dapat 100 markah periksa esok .. Alahai konfiden betul dia. Tiap hari bila aku balik kerja dia akan tunggu dan cerita pertama dia, Mak periksa tadi senang sangat .... adik boleh jawab semua...
Petang tadi bila dia tunjukkan kertas periksa , dan adapaper yang x dpt 100. aku tanyalah pasai apa adik x dpt 100. Jwapan sempoi ... Cikgu lah salah mana aci 1 soalan markah sampai 2@ 3. Hai kalu dah tak mau kalah ni...payah betul.
Hari ni pula Afifah mula menghadapi peperiksaan 1/2 tahun . Tp subjek lukisan PJK dan sivik aje. tu sebab di relaks aje. Nabilah pula akan mula menghadapi peperiksaan akhir persediaan pada 1/6 nanti . Jawab elok-elok no. coz peperiksaan ni akan menentukan kemana Nabilah akan dihantar menyambung pelajaran peringkat ijazahnya.
6/6 nanti Nawal pula akan menghapi peperiksaan akhir 3rd yearnya. Lepas tu cuti lah pulak no.... Bermula 14dan 15/6 Kakcik pula akan menghadapi peperiksaan . Begitu juga anak sulungku akan bergelumang dengan peperiksaan akhir 3rd yearnya.
Buat semua anak-anak mak , mak himpunkan doa buat semua setiap kali usai solat agar Allah membukakan pintu hati anak-anak semua untuk mengingati apa yang telah dibaca dan dapat menjawap dengan mudah . Moga kejayaan milik semua anak- anak kesayangan mak.
Dan Yang paling teruja menantikan detik 21 Jun bila kami sekeluarga akan dapat berkumpul semula semuanya kerna Nabilah akan mula bercuti 6/6. Nawal pula bercuti perterngahan Jun. Raihan pula akan sampai ke Tanah Air pada 21/6.. Hai lepas ni boleh aku plan aktiviti ngan anak2 gadisku seramai 5 orang tu. Yang lelaki Mr A3 take care lah ye....... Hai! rindu nak p shoping sekeluarga ramai-ramai. Bayangkan Kami sekeluarga seramai 9 orang kat Shoping kompleks Gamat dibuatnya.tp itulah saat yang paling aku nantikan .......

0 comments: