CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 18, 2009

SAYANG ABAH








Abah , walid, dady, ayah atau apa saja panggilan. Namun ia ditujukan buat seorang lelaki yang amat bermakna dalam hidup setiap insan. Sempena Hari Bapa ni aku menulis entry ini khas buat abah.
Sabtu lalu kami sekeluarga pulang ke TTG untuk menjenguk abah dan mak.Bila kami sampai abah membuka pintu dengan senyuman menyambut kami..Perkataan pertama yang keluar. Ingatkan Bang Caq.. Aku bertanya untuk menguji abah. Bang Caq balik ke. Jawab abah ya petang tadi...Sebak rasa didada. Kadang- kadang aku rasa abah tak sakit..Bila melihat abah dapat mengenali kami anak-anaknya rasa bahagia menjalar di jiwa. Terkadang aku rasa tak dapat nak menerima kenyataan abah sebenarnya sakit. Terkadang bila melihat abah keseorangan diatas kerusi hatiku menjadi sayu. Tak mungkin kami dapat berbual seperti suatu masa dulu...Namun melihat perkembangan positif abah setiap kali balik kg aku bersyukur kepada Allah
Abah dan mak bersama anak-anak. kecuali En Z

Abah yang ku kenal merupakan orang yang cukup sabar membesarkan kami 6 beradik dengan penuh kasih sayang. Abah jarang marahkan kami adik beradik , namun kalau abah marah kami pasti kecut perut. Aku masih ingat peristiwa aku dan abang-abangku dipukul dengan pembaris gara- gara menonton tv kat Rumah Mak Njang Tom. Masa tu rumah kami blm ada tv. Kami berbasikal ke rumah Maknjang. Bila sampai rumah abah bukakan pintu menyambut kami yang riuh rendah bercerita ttg Vick Morrow hero Combat.. Kami memanjat tangga tanpa menjangka hadiah yang bakal kami terima. Masuk aje ke rumah abah pegang kami dan SAPPP.... hayunan pembaris hinggap kat punggung kami. Aduss hilang cerita Combat... Sejak tu x berani lg tengok tv sebelah malam. Terima kasih abah kerana peraturan tersebut jg saya gunakan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. NO TV, NO COMPUTER pada hari persekolahan
Sema sa aku belajar kat KIK abah x pernah gagal mengutuskan suratnya saban minggu. dan aku x akan senang duduk kalau x terima surat dari abah .Tulisan abah memang cukup cantik , Tak ada seorang pun anak abah yang dapat teng tulisan abah.....Terima kasih abah kerana sentiasa memberi perangsang buatku
Walaupun abah lebih pendiam berbanding emak, namun abah mempunyai caranya tersendiri menumpahkan kasih sayang kepada kami 6 beradik......Ketika aku ditawarkan menjadi guru sementara dan masuk U abahlah menguruskan medical check up aku walaupun waktu itu aku dah tamat STPM. Namun abah still protect aku.. Terima kasih abah atas limpahan kasih sayangmu yang x bertepi Abah dan emak bersama anak menantu pompuan.

Masa kami masih kecil , kalau air bah melanda abah akan berusaha buat rakit dari batang pisang untuk kami bermain. Oiii bestnya. Puas berdayung kami bermain dengan rakit tersebut.
Satu lagi kenangan yang aku x boleh lupa abah ialah akan pastikan kami adik beradik hafal sifir satu hingga 12 dan sifir 16. Setiap malam aku dan adikku EN. Z kena menghafal depan abah...selagi x lancar jangan harap kami akan bebas. Alhmdulillah sifir tersebut masih kuat diingatan aku.. x payah nak pakai kalkulator macam budak2 sekarang. Terima kasih abah
Terima kasih abah kerana tanpa pengorbanan abah membesarkan saya , tak mungkin saya akan berada pada tempat saya sekarang.
Namun aku kesal disaat abah sakit aku x dapat kerap menjenguk abah di kg kerana tanggungjawap pada tugas dan rumah tangga.
Setiap kali aku pulang ke TTg aku pasti mengajak abah dan mak tinggal bersama keluargaku . Tp abah dengan senyuman tetap menggeleng kepala dan mengatakan TAK MAHU...
Pernah aku membawa abah tinggal bersama ku tp hanya bertahan 2 minggu sahaja , selepas tu aku terpaksa ambil cuti hantar abah balik kg. kerana abah melancarkan mogok lapar. Benarlah kata orang BAITI JANNATI. RUMAHKU SYURGAKU..