CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 24, 2009

Ramadhan Yang Di nanti

Hari ini dah masuk hari ketiga umat Islam berpuasa. AlHamdulillah dua anak lelaki ku tak banyak karenah untuk berpuasa Si Bongsu Luqman since last year dah puasa penuh walaupun baru berusia 6 tahun. Bang Teh Sibuk betul menunggu hari nak puasa. Masa aku puasa sunat Rejab dan Syaaban pun dia sibuk nak turut puasa sama , tapi aku tak galakkan kerana bersekolah petang takut letih dan semua kwn2 makan.. nanti ..........tergoda pula.
Petang Khamis 29 Syaaban lalu Bang Teh sibuk ajak aku tengok anak bulan , walau pun berkali-kali aku bagitahu kita tak leh nampak anak bulan. tapi dia tetap nak tengok juga. Lepas solat maghrib.... sibuk selak curtain ... Bila aku tanya tengok apa?. Laa Abang nak tengok anak bulan nampak ke tidak... Esok Puasa ke tidak. Hai....... tak terlayan aku gelagatnya.
Puasa hari pertama kami balik berbuka kat Alor Setar. Jam 2.30 baru bertolak dari rumah. Mula- mula tu . En A3 tak nak balik coz nak baiki komputer yang rosak kena kilat. Jadi aku cdg nak balik ngan anak2 aje tp memandangkan aku pun kurang siht dan tak confident nak drive balik malam, jadi kami kena tunggu Mr A3 la.... Walaupun sekejap saja tp nak balik juga ...Nak jumpa abah dan mak terutama bila BCM hantar sms "Abah tanya kenapa aku tak balik ... Rasa bersalah menyelubungi hati aku.... Maaf kan saya abah dan mak bukan x ingat nak balik .... tapi setiap hujung minggu ada saje agenda yang perlu di lunaskan.....
Ni cerita Si Bongsu ku pegi sembahyang Tarawikh... Bila Hubby cakap kita buat lapan aje coz dua anak kecil ku turut serta. Si Bongsu Luqman dah set dah 8 rakaat. Bila habis aje solat Tarawikh 2 Rakaat dia dah komplen dah... Cukuplah 8 rakaat . Rupanya di dah kira Solat Isyak 4 + 2 sunat Isyak +2 solat Tarawikh= 8 rakaat. Payah juga bila anak pandai matematik ni.....He... He... Puas la pula nak bagi penjelasan... Apa pun Alhamdulillah anak 2 walaupun masih sekolah rendah tapi tak join kelab kanak2 yang selalu membuat busing bila orang dewasa tengah sembahyang..... Buat ibu bapa yang bawa anak-anak .. kawallah anak 2 kita agar tidak mengganggu khusyuknya sembahyang orang lain. Bagus bawa anak ke masjid untuk melatih mereka , tapi jangan biarkan mereka tanpa kawalan dan tunjuk ajar kita. Berilah peluang jemaah lain beribadah kerana Ramadhan hanya datang sekali dalam setahun...

Wednesday, August 19, 2009

AHLAN WASAHLAN RAMADHAN MUBARAK

Syaaban semakin menjauhkan dirinya . Hanya tinggal 1 hari atau 2 hari lagi umat Islam seluruh Malaysia kan menyambut Bulan Ramadhan. Aku memanjat doa kepada tuhan agar aku diberi kesempatan untuk menghabiskan Ramadhan pada kali ini. Hendaknya Ramadhan kali ini aku mampu mencari ruang untuk lebih mendekati Yang Maha Esa. AlHamdulillah Ramadhan kali ini jatuh pada cuti sekolah selama 1 minggu. Doaku agar aku dapat menggunakan kesempatan ini untuk beribadah kepada Allah.
Ramadhan kali ini juga semua anak2ku berkumpul bersama. Dah hampir 6 tahun kami tak dapat berkumpul untuk berbuka puasa bersama. Syukur kepada Allah kerana memberi kami kesempatan ini. Kebetulan Kakak tak jadi bertolak awal ke Ireland kerana Tiket flight dah habis dijual.So dapat 2 mingg berpuasa di rumah. Betul kata Kakak Allah X tetapkan Kakak blik awal sebab Mak tak restu. Bukan x restu cuma terkilan dan sedih aje.. Tapi Kakak faham lah perangai mak kan.......control sedih gitu.....
AlHamdulillah Nawal pun dapat attach ngan hospital Sultan Abd. Halim Sg Petani , selama 1 bulan dan lepas tu terus cuti raya.....Sekarang ni berulanglah hari-hari. Sampai rumah je....Ayat biasa diucapkan.....Mak !!!! Letihnya...... Tak palah letih pun makan pakai semua dah terjamin.He...He...
Nabilah pula sekarang ni tengah membuat persiapan ke India lepas Aidil Fitri nanti so dia dan Kakak lah yang banyak membantu aku menguruskan adik-adik dan rumah dan menjadi driver aku. kerana kereta aku dah jadi hak kepunyaan mereka..
Jadi nampaknya bulan puasa ni aku kena sediakan menu pilihan mereka seramai 7 orang nilah....
Hai kalut--kalut. Tapi yang pastinya 2 minggu puasa ni memang meriah.....

Monday, August 17, 2009

LAMAN SESAWANG YANG BERSAWANG

He..He..
hampir 2 bulan akua tidak menjenguk laman blog aku. Malam ini aku berhasrat membersihkan sawang yang mula menutupi blog aku. Seperti biasa lahhhhh kesibukan tahap maksimum tak memungkin aku menjenguk blog ni.
Mula-mula tu sibuk ngan persiapan asrama 5 bintang, sampaikan che abang dan anak-anak aku komlen. Eh mak ni kerja satu minggu berapa hari ?. Sabar ajelah anak-anak oii....Ni lah realiti kehidupan guru zaman ni...
Selesai pemantauan asrama pada awal Julai kalut pula nak kejar tarikh akhir penghantaran kerja kursus PMR. Jenuhla memeriksa .At last minggu ke 3 Julai semuanya dapat diselesaikan .Alhamdulillah.....
Menjengah saja bulan Ogos... ingatkan lapang la sikit...tiba-tiba dapat berita seorang pelajar sekolah ku positif H1N1 . Mak datuk ...Pengetua dan PK Pentadbiran pula x de kat sekolah berkursus.....Masa tu aku ngan PK Koko rasa kami ni macam bilik gerakan pula . Telefon berdering tak henti....Guru, pelajar dan waris agak panik...juga maklumlah jumlah kematian makin cepat pertambahannya.Masing-masing tanya kenapa tak tutup sekolah...Aik..... aku mana la ada kuasa ....Hanya dapat arahan tutup satu kelas saja.Jadi bercutilah pelajar kelas tersebut selama 1 minggu...Yang lain datang sekolah lah no...dengan memakai topeng/mask. Mr A3 cakap aku ngan anak-anak nampak macam surgeon pula...... So aku dah 1 minggu la pakai mask.. Rimasnya tak terkatalah Camno lah doktor boleh tahan pakai lama-lama....Tapi doktor dok dlm bilik air cond. aku ni panas hidung-hidung... ha..ha.. pengalaman menarik...Bila dengar WHO buat jangkaan tempoh untuk wabak ni habis penularannya dalam j.masa 1 tahun... Aku dah terbayang kena pakai mask 1 tahun ka................adusss tension.........Moga ALLAH menghapu wabak ni dengan segera.......