CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 17, 2009

LAMAN SESAWANG YANG BERSAWANG

He..He..
hampir 2 bulan akua tidak menjenguk laman blog aku. Malam ini aku berhasrat membersihkan sawang yang mula menutupi blog aku. Seperti biasa lahhhhh kesibukan tahap maksimum tak memungkin aku menjenguk blog ni.
Mula-mula tu sibuk ngan persiapan asrama 5 bintang, sampaikan che abang dan anak-anak aku komlen. Eh mak ni kerja satu minggu berapa hari ?. Sabar ajelah anak-anak oii....Ni lah realiti kehidupan guru zaman ni...
Selesai pemantauan asrama pada awal Julai kalut pula nak kejar tarikh akhir penghantaran kerja kursus PMR. Jenuhla memeriksa .At last minggu ke 3 Julai semuanya dapat diselesaikan .Alhamdulillah.....
Menjengah saja bulan Ogos... ingatkan lapang la sikit...tiba-tiba dapat berita seorang pelajar sekolah ku positif H1N1 . Mak datuk ...Pengetua dan PK Pentadbiran pula x de kat sekolah berkursus.....Masa tu aku ngan PK Koko rasa kami ni macam bilik gerakan pula . Telefon berdering tak henti....Guru, pelajar dan waris agak panik...juga maklumlah jumlah kematian makin cepat pertambahannya.Masing-masing tanya kenapa tak tutup sekolah...Aik..... aku mana la ada kuasa ....Hanya dapat arahan tutup satu kelas saja.Jadi bercutilah pelajar kelas tersebut selama 1 minggu...Yang lain datang sekolah lah no...dengan memakai topeng/mask. Mr A3 cakap aku ngan anak-anak nampak macam surgeon pula...... So aku dah 1 minggu la pakai mask.. Rimasnya tak terkatalah Camno lah doktor boleh tahan pakai lama-lama....Tapi doktor dok dlm bilik air cond. aku ni panas hidung-hidung... ha..ha.. pengalaman menarik...Bila dengar WHO buat jangkaan tempoh untuk wabak ni habis penularannya dalam j.masa 1 tahun... Aku dah terbayang kena pakai mask 1 tahun ka................adusss tension.........Moga ALLAH menghapu wabak ni dengan segera.......

0 comments: