CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, September 12, 2009

KASIH IBU..........

Hari ini sudah masuk hari yang ke 22 umat Islam berpuasa. Aku cuba mencuri ruang waktu untuk tulis entri ini. Hari ini telah 9 hari puteri sulungku berlepas pulang ke Ireland untuk meneruskan pengajiannya yang berbaki 2 tahun lagi. Sunyi Sedih dan sayu semuanya bersatu . Tapi MrA3 selalu pesan redhakan pemergian anak-anak untuk menuntut ilmu. Memang sebagai seorang ibu aku kekadang tak mampu menahan rasa . Bermula bila anak-anak memasuki asrama lg aku terpaksa berperang dengan perasaan rindu untuk melihat anak-anak berkumpul bersama sekeluarga. Alhamdulillah tahun ini Cik Nabby dan Cik Naws berpuasa penuh di rumah. Sekurang-kurangnya rinduku yang terpecah 3 arah tahun ini cuma tinggal 1 arah aje. Cik Naws dalam lawaknya mengusik aku." Tahun ni adik tak nak balik rumah 1 tahun coz adik nak mak nangis untuk adik"Hai anak-anak jealousnya tak habis-habis. Buat semua anak-anak mak setiap dari kamu mempunyai tempat yang paling istimewa di hati mak. Tak pernah ada pilih kasih dan tak pernah ada yang terkurang kasih.

Begitulah putaran masa berlalu pantas dari seorang kemudian berdua , dan bertambah ceria dengan kehadiran anak2. Bila anak2 membesar kita akan kembali berdua bila seorang demi seorang anak-anak akan mengorak langkah mencari arah kehidupan sendiri. Seperti mak dan abah yang telah sekian lama berdua sejak kami adik beradik bekerja dan berkahwin. Kerana itulah kami adik beradik seboleh upaya cuba mencari ruang waktu untuk pulang menziarahi mak dan abah walaupun kekadang kami hanya dapat pulang untuk menjenguk dalam beberapa jam sahaja. Untuk anak-anak mak bila masing-masing dah mempunyai kehidupan sendiri janganlah lupa menjenguk mak dan ayah no....

0 comments: