CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 23, 2009

RAYA MANA EKK..........

Bagi yang telah berkeluarga pastinya ini adalah dilema biasa yang akan timbul setiap kali menjelang AidilFitri.........Mula -mula berumahtangga dulu ianya memang problemo yang amat besar aku rasakan ,maklumlah kita mana biasa menyambut hari raya dengan orang lain selain keluarga sendiri.Namun berkat sefahaman aku dan hubby setuju kami bergilir mengatur jadual pulang berhari raya saban tahun, AlHamdulilllah setakat ini semuanya berjalan lancar. Tapi sekarang ini bila kita semakin meniti usia bagi aku raya kat mana pun dah tak kisah..... Peranan tu sekarang anak-anak ku pula yang akan ambil . Sehingga hari terakhir Ramadhan tahun ini kami belum tentukan kat mana nak raya . Mr A3 kata kita raya kat TTG ajelah ..anak-anak apa lagi seronok tak terkira tp aku menjawab tunggu anak bulan dulu..... Memang aku seronok dapat raya kat rmh mak tp bila aku tanya my mom in law siapa balik raya tahun ni ....semua beraya kat rmh mertua masing2 kecuali Ruby dan Ja ajae ( Ja memang raya kat kulim coz mertua dia pun orang Kulim). Aku dapat rasa kesunyian yang terlontar dalam bicara nya, kerana aku pun seorang ibu dan amat terasa sayunya bila puteri sulungku dah 4 tahun tidak menyambut AidilFitri bersama. Lalu aku pun buat keputusan kami raya kat Kulim aje..........Alasannya rumah belum kemas........ Sekurang2nya Mak dan Abah TTG dah ada anak-anak lain yang beraya seramai 4 keluarga . Hanya aku dan Teh ajae yang tak ada . Kira ok lah tu... Anak-anak mula down semangat rayanya tp alasan aku tak palah tahun depan Teh raya kat TTG lagi best dapat kumpul semua ...... . Petang raya kami akan terus balik TTG .Yang lawaknya puteri sulungku dah booking " Mak bila kakak dpt raya kat Malaysia nanti kkk nak raya kat rmh Mak Tok........ Oiiiiii jauhnya palanning dan vision......InsyaAllah sama-sama kita doakn kita dipanjangkan usia dan dapat mengulangi detik-detik indah dan syahdu tu.........

0 comments: