CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 26, 2009

Secebis Ingatan






Semacam menjadi kebiasaan bagiku setiap hujung minggu menanti deringan telefon dari anak-anakku. Kami jarang dapat berbicara kalau hari-hari bekerja lantaran masing -masing sibuk mengejar tugasan . sekiranya kami gagal berkomunikasi rasanya perjalanan minggu tu hambar sahaja. Depavalli yang lalu ketika aku dalam perjalanan pulang dari rumah Bang Cik , aku mendapat SMS dari Nabby "Mak call adik" Punya la gabra aku tahap maksima . mana tidaknya 9 kali aku dapat sms yang sama .Aku cuba juga call tp of coz x dpt kerana fon kat umah x dak sambungan a.bangsa. Risaunya hati tuhan aje yang tahu. Akhirnya terpaksa lah minta tlg KakLang punya member. Rupanya tel kena block.Jumaat lalu Cik Nabby tel . Alhamdulillah mendengar suara Nabilah yg ceria ,aku senang hati krn aku takut peristiwa kat SBPI akan berulang.....Ha..Ha.. Biarlah Rahsia......
Sibuk Nabilah berceloteh tentang makanan yang agak murah .beg tangan yang cantik dan murah.corelle yang murah etc,,Hai adik nak pi jadi doktor ke nak jadi jadi pemborong......
Kakak pun sekarang ni kerap jg tel kadang-kadang 2x 1 minggu...Masa aku tengah tulis e ntry tel berdering,,,,aku terus kata tu kakak tel tu. Bila Afifah ambil panggilan dia kata Eh!!! mana Mak tau.... Sukar nak beri jawapan macam mana aku tau tp itulah kuasa Allah yang memberi rasa pada gerak hati seorang ibu,



Tak lupa juga pada Miss Naw yang kerap menelefon sekarang ni.....Maklumlah geng gossip dah makin kurang keahliannya. Terima kasih pada anak-anak mak yang sentiasa mengingati mak dan ayah dan tak lupa menghubungi kami walau dalam kesibukan mengejar dead line essei dan paperwork serta kuliah yang perlu dihadiri. Kecanggihan teknologi memungkinkan kita untuk terus berhubung..berbeza dengan waktu Ngah dan Pakcik menuntut di l. ngara dulu... Bayangkan bagaimana Maktok menunggu surat yang kadang2 1 bulan baru nak sampai....Namun apa yang penting adalah secebis ingatan .....Walau secangih manapun teknologi dicipta kalau kita tidak memanfaatkannya ia tetap tidak memberi makna...

2 comments:

Rexraihan said...

kalau ikutkan hati,tiap2 hari nak tipon..
tapi satgi mak xrindu plak kat kakak...heheheh

Misk said...

mana plak tak rindu !!! tapi kalu dah tiap hari takut x de ceghita nak gosip