CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 30, 2009

Bercutikah Aku?

Kini dah hampir 2 minggu cuti persekolahan berlalu tapi aku belum lagi merasa nikmat cuti sekolah. Setiap hari bkerja aku pasti akan ke sekolah. Anak- anak selalu tanya Ari ni mak p sekolah tak? Aku dengan berat hati menjawab pi .. ada kerja. Kekadang tu kesian juga kat dia orang cuti- cuti sekolah pun asyik terperap kat rumah aje.

Hubby pun everyday tanya soalan yang sama , dan jawapan aku tetap sama. Hujung tahun ni banyak persiapan yang perlu di selesaikan sebelum sekolah di buka untuk sesi 2010. Memastikan asrama berada dalam keadaan sedia menerima pelajar . menyediakan perancangan untuk tahun depan . membuat pengagihan tugas dan lain-lain.
Terkadang aku ingin kembali menjadi guru biasa. Tetapi aku kerap memujuk hati mungkin sedikit pertolongan dan pengorbanan anak-anak akan dapat membantu menyenangkan orang lain..Belum tentu apa yang kita suka itu baik untuk diri kita...

Wajah Baru.....



Ini sette kesayangan kami sekeluarga . Selalunya kami akan bersantai disini untuk menonton t.v.diruang kelluarga kegemaran kami . Kat kerusi nilah anak-anak ku selalu lepak dan bergurau senda. Kerusi ni jugalah tempat aku selalu merehatkan badan "terlelap" selepas seharian penat bekerja. Hampir 8 tahun dia menaburjasa memberi keselesaan pada kami dan sarungnya dah agak uzur. Aku dan hubby menjelajah kedai perabut untuk mencari ganti tapi tak ada yang berkenan di hati. Akhirnya kami sepakat untuk menukar menukar sarungnya aje..


Hampir 3 bulan kami sekeluarga menunggu dan sepanjang tempoh tu aktiviti menonton dan melepak diruang ni terasa hambar . Anak-anak asyik bertanya bila lah kerusi nak siap. Ketika aku berbincang dengan pemilik kedai perabut yang akan dipertanggungjawankan untuk merubah wajah sette kesayangan ni pemilik kedai cadangkan "tukar ajaelah kak! Dah lama dah kerusi tu... tp aku tetap dengan keputusan , "Tak nak lah kerusi tu selesa duduk...Dah cari dah tp x dapat nak teng kerusi ni... "Dia tersenyum sinis aje . Maklumlah promosi dan pujukan dia tak jalan . Bila dia datang angkut kerusi tu untuk dibawa kekilang baru dia tau kenapa kami tak nak tukar baru. Eh..Eh betullah abang ..elok lagi kondisi kerusi ni walau pun dah 8 tahun dilanyak. Ha kan aku dah kata... tak caya.
Ini wajah baru sette . Gabungan warna adalah pilihan anak sulungku yang pulang bercuti dulu . Sengaja kami beri penghormatan pada kakak yang ada keinginan nak jadi interior desingner tapi memilih medic sebagai pilihan pertama.
Ha cun dak kakak. N3 ni sengaja aku tulis buat tatapan Kakak dan Nabby.. Tapi Luqqman siap komen adik lagi suka sarung kusyen yang dulu .. pasai kainnya lebih lembut... Patah tumbuh hialang berganti tapi betullah kata orang yang tumbuh tak sama dengan yang patah......Any way karpet tu warnanya gak gelap.. Kakak bila balik tahun depan kita round kedai karpet plak..

Tuesday, November 10, 2009

Motivasi Diri Kala Menghadapi Ranjau Dalam Perjuangan Hidup......

Moga petikan dibawah dapat meningkatkan kembali semangat yang kekadang luntur lantaran tersua halangan dan rintangan dalam merentasi perjalanan hidup ini.

RENUNGKANLAH........
BANYAKKAN BERSABAR.........
Janji Allah ..
SETIAP KESUSAHAN PASTI ADA KESENANGAN



Moga Berjaya Dengan Cemerlang..........

Selamat Menghadapi Peperiksaan . Semoga berjaya dengan cemerlang.

Dedikasi buat:

1. Kak Cik 'Izzah yang sedang menghadapi peperiksaan Akir Tahun bermula 4/11/09 hingga

18/11/09

2. 'Afifah yang sedang bergelut dengan Pep. Akhir Tahun bermula 7/11/09 hingga 17/11/09

3. Nawal yang akan menghadapi peperiksaan bermula 16/11/09

4. Raihan yang akan menghadapi peperiksaan bermula 23/11/09

Doa Mak dan Ayah sentiasa mengiringi kejayaan kalian semua .

5 .Semua calon SPM dan STPM SMKSB 2009 yang akan menghadapi perjuangan anda bermula 18/11/2009.Doa Ikhlas dari saya untuk Kejayaan anda semua. Berjuang habis-habisan . Jangan hampakan harapan ayah dan ibumu.



Monday, November 2, 2009

Selamat Panjang Umur Kak Cik........


Hari ini Kak Cik menutup tirai tahun 2009 menyambut Hari Lahir yang ke 16 Tahun. Selamat Hari Lahir Kak Cik . Sedar tak sedar dah meningkat remaja anak mak ni.. Kakcik ni anak ku yang paling sempoi dan tak banyak demand. Hai .. kakcik dah meningkat dewasa ni kenalah ubah gaya sikit... He... He...
Masa kecil dulu kak cik memang susah nak diajak berjalan atau shopping. Ada2 aje alasannya x nak pergi . Tapi sekarang ni every weekend dia pula yang sibuk tanya " Weekend ni nak p mana?. Kalau dapat p kedai buku Popular sengihnya sampai ke telinga. Alhamdulillah sekurang-kurangnya dah tersemai budaya membaca dihatinya. Tapi...... janganlah asyik angkut komik aje...
Di kalangan anak-anak ku kakcik ni cukup berdisiplin dari segi masa dan study.Konsisten dan mengikut frame waktu yang diaturnya. Kekalkan....budaya baik ni. Moga Kak cik akan strike dalam SPM 2010 nanti.
Untuk meraikan Hari Lahir KakCik semalam kami makan kat luar ( bukan Budaya kami sekeluarga) kerana kebetulan my Hubby x kerja malam . Tapi kedai biasa je.. tak de la kat Delifrance... atau Pizza Hut....kerana nak menunaikan permintaan birthday girl nak balik awal .. Nak Study coz esok Kak Cik akan menghadapi periksa akhir Tahun. Selamat Berjaya Dengan Cemerlang.
Beefsteak pilihan hati
Emmmmm! sedapnyaaa

Menu ni di import khas dari Pattaya


Allah Selamatkan Kamu
Alalh Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Kak Cik Izzah....
Allah Selamatkan Kamu...

Sukarnya Memuaskan sekeping Hati......

Dibuat salah, x buat salah . Jadi semua serba salah.
Hai.. kadang-kadang pening kepala memikirkan, bila setiap tindakan tidak pernah dapat memuaskan sekeping hati. Semalam aku diterjah dengan satu komen dan kritikan yang mengguris hati. Sebenarnya keadaan ini sangat biasa aku hadapi. Namun aku selalu memujuk hati sendiri. Mungkin apa yang aku buat walaupun pada penilaian aku ia agak bersesuaian namun mungkin bagi orang lain ia tidak mencukupi. Mungkin ini ujian dari Allah untuk menguji tahap kesabaran hatiku dan tak secara langsung mematangkan diriku yang dah hampir masuk zon veteran ni.
Namun kekadang aku terfikir sendiri kalu dah kerap mengalami situasi yang sama apakah aku perlu bertahan lagi disini... Kerapkali aku memujuk hati sendiri namun aku kadang2 kalah dengan mainan emosi. Semoga Allah memberi aku kekuatan hati dan jiwa . Aku sentiasa berdoa agar ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua ini. Semoga Allah mendengar doaku.....

ALLAh answers prayers in 3 ways
He says YES and gives you what you WANT,
He says NO and gives you something BETTER
He says WAIT and gives you the BEST of His own time

TABAHLAH WAHAI SEKEPING HATI! KERANA TAK MUNGKIN AKU DAPAT MEMUASKAN HATI YANG SEKEPING ITU, kerana aku hanya manusia biasa. Bukan siapa-siapa.......