CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 2, 2009

Sukarnya Memuaskan sekeping Hati......

Dibuat salah, x buat salah . Jadi semua serba salah.
Hai.. kadang-kadang pening kepala memikirkan, bila setiap tindakan tidak pernah dapat memuaskan sekeping hati. Semalam aku diterjah dengan satu komen dan kritikan yang mengguris hati. Sebenarnya keadaan ini sangat biasa aku hadapi. Namun aku selalu memujuk hati sendiri. Mungkin apa yang aku buat walaupun pada penilaian aku ia agak bersesuaian namun mungkin bagi orang lain ia tidak mencukupi. Mungkin ini ujian dari Allah untuk menguji tahap kesabaran hatiku dan tak secara langsung mematangkan diriku yang dah hampir masuk zon veteran ni.
Namun kekadang aku terfikir sendiri kalu dah kerap mengalami situasi yang sama apakah aku perlu bertahan lagi disini... Kerapkali aku memujuk hati sendiri namun aku kadang2 kalah dengan mainan emosi. Semoga Allah memberi aku kekuatan hati dan jiwa . Aku sentiasa berdoa agar ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua ini. Semoga Allah mendengar doaku.....

ALLAh answers prayers in 3 ways
He says YES and gives you what you WANT,
He says NO and gives you something BETTER
He says WAIT and gives you the BEST of His own time

TABAHLAH WAHAI SEKEPING HATI! KERANA TAK MUNGKIN AKU DAPAT MEMUASKAN HATI YANG SEKEPING ITU, kerana aku hanya manusia biasa. Bukan siapa-siapa.......

0 comments: