CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 2, 2010

RAIHAN!!!! CHEK DAH MAKIN MATANG....


24 tahun yang lalu ketika matahari tengah rembang ( tengahari la tu) aku selamat melahirkan puteri sulungku. Raihan ni satu-satunya anak ku yang lahir kat Butterworth... Kiranya anak Mami Tanjong lah ni... tapi hidung tak la mancung sangat He...He...
Masa mengandung kat kakak ( panggilan manja kami sekeluarga..) aku sangat gemar makan aiskrim.. especially CORNETTO.. yang old version punya sangat sedap.. tapi sekarang ni kurang menyengat.. CORNETTO ni... sampai sekali tu punya khusyuk menikmati Cornetto sampai gigi palsu aku patah,,, Ha... Ha... lawak sungguh. Esoknya aku dapat le MC satu hari diberikan oleh Dr. Aziz yang sangat baik hati tu. Ye lah tak kan nak pi ngajar dengan gigi depan yang x de ! karang tempias pula anak muridku... Ha... Ha...
Kakak ni lah anak aku yang paling banyak tempat dibesarkan . Bermula di Bagan Belat B'woth .. tepi pantai gitu. Kmd berpindah ke Titi Gajah , selepas tu Ke Taman Sahab Jalan Langgar. Dan balik semula ke Titi Gajah. Akhirnya kami berpindah ke Sg Hippo di Kulim dan sekarang dah menetap kat Old Factory....
Masa kanak-kanak dulu kakak pernah tanya aku " Mak ni Mak TIRI akak ke ..".Ha .... Baru padan muka! CENGEI sangat ngan anak-anak. Ha... Ha... Apa pun aku tak kecil hati... kerana kecengeilan (betul ke bahasa ni) akulah, kakak sedang berada dibumi Ireland. Setuju dak akak.
Semasa kecil anak-anak ku dibesarkan dengan bermacam larangan bahan makanan yang x baik utk kesihatan. Sweets tak blh makan.. sirap x leh . Air ais x de dlam peti ais. Susu pekat manis x de dalam simpanan...Titbits tak dibenarkan . Sampaikan satu hari tu kakak dengan selambanya mengumumkan.. " Mak bila besar nanti kakak tak naklah jadi doktor macam ayah..
Tu lah, kadang-kadang kita sebagai manusia hanya merancang tapi Allah yang menentukan . At Last kakak tetap memilih untuk menabur bakti sebagai seorang doktor...Walaupun terkadang aku sering bertanya di hati, anak yang manakah yang akan mengikut jejak langkahku....
HAPPY BIRTHDAY KAKAK ...MOGA SENTISA DIRAHMATI ALLAH DAN SENTIASA MENEMPAH KEJAYAAN DALAM SEMUA RUANG KEHIDUPAN.
MISS U...

5 comments:

Rexraihan said...

Mak!!
thanks for the birthday wish..
busy ke??
i love you so muchh

Rexraihan said...

Mak!!
thanks for the birthday wish..
busy ke??
i love you so muchh!

Lady Qay said...

dulu je takde mknn merapu..la ni luqman iqbal makan je..hihii

Misk said...

Buat RAIHAN :-
Miss U 2.. N3 semalam tak habis tuli . Mak coz kilat sabung menyabun.. Ari ni baru dpt lengkapkan semula.


Buat Lady Qay :=
Betoi tu tapi kira orait lagi.kalu dari zaman raihan dulu tak kontrol agaknya sekarang Luqman dan Iqbal dah ada stok makanan merapu macam kedai runcit kut...

My Heart Draws A Dream said...

betoi2..dl kalo p kulim tak dpt la nak merasa air ais kan..la ni dah ok byk..hehe..byk lak titbits lam kabinet tu..kuikuii