CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, August 22, 2010

GEMBIRA KE SEDIH?


Kalu ditanya rasa hati aku saat ni...sedih ke gembira... jawab aku mudah aje Kedua-duanya ada...berkongsi rasa dalam ruang hati yang sama....


Kenape gumbira ...? kerana tak berapa hari lagi Miss Nabby akan pulang ke tanah air untuk berpuasa bersama kami sekeluarga dan Menyambut Aidil fitri bersama-sama. Jadi aku tengah countdown la... ni. InsyaAllah miss Nabby akan menjejak kaki di Kulim pada pagi Rabu ni....2 hari lagi...

Jumaat ni ...Miss Nawuki juga akan balik sempena cuti Nuzul Quran..... Penerbangan di taja oleh MissRaihan. Tq kakak !.Jadi selama tiga hari nanti dapatlah kami sekeluarga berbuka bersama-sama.. Alhamdulillah setakat ini ikatan kasih sayang antara anak-anak dan keluarga sangat kuat. Kami sebolehnya mencari ruang dan masa untuk berkumpul sekeluarga... Ni nak kena O..... Som menu untuk berbuka ni... Masing-masing ada cita rasa sendiri.. tapi yang tak de! nya masa yang panjang...

Sementara anak-anak belum berkeluarga sendiri, aku memang sebolehnya mencari ruang untuk bersama. Kalu nanti masing-masing dah berkeluarga tentunya sukar nak plan-plan camni... Masing-masing ada komitmen sendiri.

Apa pula yang sedih tu.... Sedihnya aku membilang hari , kakak akan berangkat balik ke Dublin pada tanggal 4/9/2010. Seminggu sahaja lagi umat Islam nak beraya .. Mana mungkin hati seorang ibu tak terusik dan sayu. dah 5 tahun kami tidak beraya bersama .. Apakan daya kat Dublin sana Aidil Fitri bukannya depa kisah pun ... Aku selalu pujuk hati... 5 tahun bukannya lama TAPI kenyataannya SANGAT LAMAAAAAAAAA...........

Wednesday, August 18, 2010

Ramadhan Bertandang Lagi

Telah seminggu Ramadhan berlalu .Terlalu cepatnya masa bergerak... Tak tertahan dek tangan untuk melambatkan pergerakannya. AlHamdulillah sekali lagi aku diberikan Allah bersua dengan Bulan yang mulia ini. Yang didalamnya rahmah dan maghfirah. Ramadhan kehadirannya disambut dengan berbagai rasa. Semasa zaman kanak-kanak aku gembira menyambut Ramadhan kerana penghujungnya kami akan mendapat persalinan baru menyambut Aidilfitri. Kemeriahan Ramadhan dulu amat berbeza dengan sekarang.

Walaupun dulu tak ada bazar ramadhan namun hidangan tetap berbagai jenis dan menyelerakan . Setiap petang pasti kami adik beradik akan disuruh oleh mak menghantar hidangan kerumah saudara mara yang juga menjadi jiran kami. saat ni memang best .. berlumba-lumba nak menghantar kerana nak tengok apa balasan juadah yang akan kami terima...namun sekarang budaya tersebut telah terhakis . masing-masing sibuk dengan kerja lalu kuih tunjuklah yang menjadi pilihan. Namun , walaupun dalam keterbatasan waktu aku tetap menyediakan juadah berbuka sendiri dibantu anak2. Walaupun hanya 1 juadah berat dan satu jenis kuih namun ianya mencukupi buat kami dan saat berbuka tetap menjadi saat yang menggembirakan buat kami sekeluarga.
Satu lagi kenangan yang tak dapat aku lupakan ialah menunggu penjual air batu. Zaman aku kanak=kanak, mana ada peti ais kat rumah . Setiap petang penjual ais akan mengelilingi kampung menjual ais yang diselimuti habuk papan ( supaya ais tak cair) Kreatif kan org dulu2. Huuuu... nikmatnya bila berbuka dapat meneguk air ais . Masa kami kanak-kanak mak memang dah sediakan gelas setiap seorang satu ,siap tulis nama lagi. Bukannya apa, nak elakkan perebutan... maklumlah ramai adik -beradik.
Sekarang ni walaupun peti ais dah ada dalam rumah tapi kami tak berbuka dengan air ais pun , kan dah kes pelik tu...
Saat yang paling menggembirakan ialah menunggu masuk waktu berbuka. Kami adik beradik akan berkumpul ditepi jalan raya yang menghadap sawah padi untuk melihat dan mendengar tembakan meriam menandakan masuknya masuk waktu berbuka. Bila dentuman meriam berbunyi dan cahayanya kelihatan di kaki langit kami akan berlari pulang dengan gembiranya, tanda telah selesai sehari berpuasa. Zaman tu mana ada radio yang siarkan azan. Namun kini semua tu hanya menjadi kenangan dan nostalgia.

Saturday, August 7, 2010

MISS NABBY SECEBIS INGATAN DI HARI LAHIR


Walaupun berada jauh diperantauan mak tetap mencari ruang dan kesempatan mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR MY SWEET GIRL" Semoga Allah sentiasa memberi hidayah dan rahmatNya buat anak mak ni...
Harapan mak kejayaan sentiasa mengiring anak mak...Walaupun mak tidak dapat bersama -sama adik di bumi Shah Rukh Khan namun doa sentiasa mengiringi adik.. Semoga Allah sentiasa memberikan adik sekeping hati yang tabah dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran ini.
Sentiasa berlapang dada dan redha dengan ketentuan yang telah Dia tetapkan. Semoga apa yang adik citakan sentiasa menemui kejayaan. Doa mak, adik akan berjaya menggenggam kejayaan sebagai seorang doktor yang akan dapat membantu insan lain suatu masa nanti.
" HAPPY BIRTHDAY" lOVE YOU & MISS YOU SO MUCH