CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 21, 2010

MEMBESAR BAGAI JOHAN


19.05.2010

Ingat tu... Mak jangan lupa tau. Pesan Putera Bongsuku . Nape tanya aku. Laa kan birthday adik... Sengaja aku menyakat dia.. Luqman Al-Hakim nama yang aku pilih dan sangat aku idamkan kerana Allah peruntukkan satu kisah dalam AlQuran sempena nama ini. Harap-harap Luqman anak emak ni juga akan cerdik, pintar dan beriman.

Sangat teruja nak menyambut hari lahirnya...... Bila aku wish HAPPY BIRTHDAY LUQMAN! Jawapannya tunggulah malam nanti .. Kenapa pula malam , kan dah lewat.. Jawabnya Adik suka sambut birthday waktu malam sebab ada lampu bercahaya- cahaya.. Wow! Imaginasinya cukup tinggi ...

LUQMAN

SELAMAT HARI LAHIR
SEMOGA MEMBESAR MENJADI ANAK YANG SOLEH

SEMOGA DIBERI ALLAH KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT

SEMOGA SENTIASA MENTAATI GURU
SEMOGA DILIMPAHI RAHMAT ALLAH SEPANJANG MASA

SEMOGA ALLAH MELINDUNGIMU DARI KEJAHATAN DUNIA DAN AKHIRAT
SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN KEBAHAGIAAN DALAM SEGENAP RUANG HIDUPMU

Sunday, May 9, 2010

IBU RATU HATIKU

Post aku paling suka... Sebenarnya agak susah nak ajak mak berposing... kerapkalinya kami hanya dapat ambil gambar curi aje ala paparazi...
Sempena Hari Ibu aku ingin melakarkan jutaan terima kasih yang tak terhingga buat insan yang paling aku sayangi..... Tiada dua dan tiganya hanya buat insan yang melahirkan dan membesarkan aku serta sentiasa bersama aku walau dalam keadaan susah senang.
Sebagai anak perempuan sulung aku amat rapat dengan mak.. Cuma kerana didikan dan asuhan yang diterima serta budaya zaman aku dibesarkan kami tidak pernah diajar meluahkan ucapan Selamat Hari Ibu....... Cuma sekarang ni aje masyarakat kita seolah-olah menjadikan ia suatu budaya, Walaupun bermula dari barat namun ia sangat bagus dipupuk di jiwa dan minda anak-anak.
Waktu aku kecil dulu mak selalu akan ikat/tocangkan rambut aku...dibahagian tengah kepala dan dibuka kembang seperti bunga raya... Itu kira fesyen top masa dulu . Sekarang ni kalau buat camtu agaknya jadi bahan ketawa lah kot.. Tapi aku sangat bangga kerana aku tahu mak sayangkan aku...
Kalau nak menyambut Hari Raya mak akan pastikan rambut aku dikeritingkan (karan). Bila balik rumah aja, malam susah nak tidor .. kerana hati aku kembang bahagia sama kembang dengan rambut aku... Ha.. Ha...Esok pagi mula lah nak menayang sakan pada sepupu2 dan kawan-kawan.
Dan satu lagi yang tak pernah mis mak akan pakaikan lipstik kat aku.... bila pergi makan kenduri,,,, Ha ... waktu tu kalu boleh tak nak minum ... takut lipstik hilang... atau melekat kat gelah..... lawak nya... bila dikenangkan...
Aku tahu mak buat semua tu kerana mak sayangkan aku.. Sampai sekarang kasih mak pada aku dan adik beradik ku masih melimpah ruah bahkan tertumpah pada cucu mak pula. Walaupun kekadang dalam keterbatasan kudrat mak masih ingin nak memenuhi kehendak anak cucu yang menginginkan rasa air tangan mak . Karipap buatan mak menjadi kegemaran anak cucu dan daging masak hitam antara juadah kegemaran kami semua. Tu tak kira lagi lepat liat , lepat pisang.. sebut ajaelah apa yang masak kami pasti merasai kesedapannya. Kerana aku tahu mak memasak dengan penuh kasih sayang buat kami semua...
Sempena hari ibu ini aku ucapkan terima kasih mak kerana MENGANDUNGKAN aku MELAHIRKAN aku , MENYUSUKAN aku, MEMBESARKAN aku, MENDIDIK aku, dan MEMANUSIAKAN seorang aku. Walau apa pun yang aku lakukan atau korbankan namun aku sangat pasti AKU tak termampu membalas jasamu EMAK.....

WALAU KASIHKU TAK MAMPU MENANDINGI KASIHMU
AKU TETAP MENYAYANGIMU
TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA
SELAMAT HARI IBU