CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 31, 2009

Sekalung Ijazah Buat Lang



27 Oktober yang lalu anak sedara aku menerima Ijazah setelah beberapa tahun dok bertungkus lumus mengadap buku..Tahniah Lang. Walaupun Mak Lang lambat wish Lang tp tetap ingat cuma last week banyak sangat kerja . Sori ya . Hai Dah terima ijazah dah Lang . Lang ni seusia dengan anak sulung saya Raihan dan sangat kamcing dengan kami sekeluarga teman rapat dan teman gossip anak-anak gadis saya . . Tp dek kerana bidang yang diambil berbeza Lang mendahului anak saya menerima Ijazah .. Hai nampaknya Lang akan muncul sebagai juara dalam semua hal... Betul tak Lang... Biarlah rahsia...
Lang memang ringan tulang dan sentiasa menghulur tangan bila diminta bantuan. Terima kasih Lang atas segala pertolongan yang dihulurkan . Mak Lang doakan agar Lang sentiasa berjaya dalam hidup Lang dan dalam apa jua bidang yang Lang ceburi . TAHNIAH BERGANDA DARI KAMI SEKELUARGA BUAT LANG............

Monday, October 26, 2009

Secebis Ingatan






Semacam menjadi kebiasaan bagiku setiap hujung minggu menanti deringan telefon dari anak-anakku. Kami jarang dapat berbicara kalau hari-hari bekerja lantaran masing -masing sibuk mengejar tugasan . sekiranya kami gagal berkomunikasi rasanya perjalanan minggu tu hambar sahaja. Depavalli yang lalu ketika aku dalam perjalanan pulang dari rumah Bang Cik , aku mendapat SMS dari Nabby "Mak call adik" Punya la gabra aku tahap maksima . mana tidaknya 9 kali aku dapat sms yang sama .Aku cuba juga call tp of coz x dpt kerana fon kat umah x dak sambungan a.bangsa. Risaunya hati tuhan aje yang tahu. Akhirnya terpaksa lah minta tlg KakLang punya member. Rupanya tel kena block.Jumaat lalu Cik Nabby tel . Alhamdulillah mendengar suara Nabilah yg ceria ,aku senang hati krn aku takut peristiwa kat SBPI akan berulang.....Ha..Ha.. Biarlah Rahsia......
Sibuk Nabilah berceloteh tentang makanan yang agak murah .beg tangan yang cantik dan murah.corelle yang murah etc,,Hai adik nak pi jadi doktor ke nak jadi jadi pemborong......
Kakak pun sekarang ni kerap jg tel kadang-kadang 2x 1 minggu...Masa aku tengah tulis e ntry tel berdering,,,,aku terus kata tu kakak tel tu. Bila Afifah ambil panggilan dia kata Eh!!! mana Mak tau.... Sukar nak beri jawapan macam mana aku tau tp itulah kuasa Allah yang memberi rasa pada gerak hati seorang ibu,



Tak lupa juga pada Miss Naw yang kerap menelefon sekarang ni.....Maklumlah geng gossip dah makin kurang keahliannya. Terima kasih pada anak-anak mak yang sentiasa mengingati mak dan ayah dan tak lupa menghubungi kami walau dalam kesibukan mengejar dead line essei dan paperwork serta kuliah yang perlu dihadiri. Kecanggihan teknologi memungkinkan kita untuk terus berhubung..berbeza dengan waktu Ngah dan Pakcik menuntut di l. ngara dulu... Bayangkan bagaimana Maktok menunggu surat yang kadang2 1 bulan baru nak sampai....Namun apa yang penting adalah secebis ingatan .....Walau secangih manapun teknologi dicipta kalau kita tidak memanfaatkannya ia tetap tidak memberi makna...

Thursday, October 8, 2009

Selamat berjuang puteri ku



Saat aku menulis post ini telah berlalu 24 jam puteri ketiga ku meninggalkan tanah air , kerana ditawarkan melanjutkan pelajaran ke negara orang , Bangalore India menjadi destinasi Nabilah untuk menyambung perjuangan hubby ku sebagai seorang doktor. Sedih sayu dan gembira semuanya bersatu. Sedih dan sayu kerana aku terpaksa berjauhan dengan seorang lagi permata hatiku setelah kakak dah 4 tahun menyambung pelajaran ke Ireland. Gembira kerana Allah memberi ruang kepada Nabilah menyambung pelajaran dalam bidang yang di minati.


B ak kata Nawal sekarang hanya tinggal kami berdua saja yang untuk bergosip dan berkongsi rasa dan perasaan , x lupa juga untuk shopping . He.. He... kerana yang lain tu masih dibwh umur ( sori kak cik dan Afifah)


Sebelum berangkat Nabilah selalu tanya " Mak sedih tak nanti kalu adik tak ada ? Sukar untuk menjawab tp aku pasti Nabilah lebih mengerti rasa hati seorang ibu walaupun sukar untuk ku ucapkan.
Aku pernah berbincang dengan Hubby kalu boleh biarlah Nabilah melanjutkan pelajaran kat CUCMS sahaja tempat Nawal belajar. Aku rela untuk mengeluarlan belanja untuk menanggung kos pembelajarannya kerana aku x sanggup menangung saratnya rindu bila berjauhan dengan anak-anak.. Tp MrA3 seperti selalu dengan coolnya menasihati " Biarlah anak-anak mencorak kehidupan mereka sendiri . Kita hanya menegur sekiranya mereka tersasar arah.


Buat Nabilah pesan mak ........
Sentiasa berpegang pada prinsip. Adik ke sana untuk menuntut ilmu.


Walau apapun halangan yang bakal dihadapi kuatkan semangat dan tabahkan hati.


Sentiasa bermunajat kepada Allah kerana Dia Maha mendengar lagi mengasihani.


Jangan sesekali abaikan Solat 5 waktu dan kalu ada ruang tambahkan dengan amalan sunat.


Pastikan Quran menjadi bacaan Adik setiap hari walaupun 1 kali.


Pilih lah kawan-kawan yang dapat membimbing kita kejalan yang diredhai Allah


LOVE U FOREVER AND EVER