CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 27, 2009

DEMAM PEPERIKSAAN

Demam peperiksaan melanda keluarga aku. Mudah ku katakan Mei dan Jun ini adalah musim peperiksaan bagi semua anak-anak ku. Macam ada pakatan pula tp bukan pakatan pembangkang.. he.he. Bermula dengan dua anak teruna kecil menghadapi peperiksaan 17/5 yang lalu.. Tiap-tiap malam jenuh berperang nak suruh baca buku... Iqbal dengan jawapan biasanya .. Rileklah mak abang dah baca buku dah tadi.. atau abang ngantuk ni mak ..esok abang bangun awal abang bacalah. Hai betullah kata orang kalu anak tak tension nak exam mak pula tension.
Tapi yang bestnya Luqman ... Mak, adik rasa adik mesti dapat 100 markah periksa esok .. Alahai konfiden betul dia. Tiap hari bila aku balik kerja dia akan tunggu dan cerita pertama dia, Mak periksa tadi senang sangat .... adik boleh jawab semua...
Petang tadi bila dia tunjukkan kertas periksa , dan adapaper yang x dpt 100. aku tanyalah pasai apa adik x dpt 100. Jwapan sempoi ... Cikgu lah salah mana aci 1 soalan markah sampai 2@ 3. Hai kalu dah tak mau kalah ni...payah betul.
Hari ni pula Afifah mula menghadapi peperiksaan 1/2 tahun . Tp subjek lukisan PJK dan sivik aje. tu sebab di relaks aje. Nabilah pula akan mula menghadapi peperiksaan akhir persediaan pada 1/6 nanti . Jawab elok-elok no. coz peperiksaan ni akan menentukan kemana Nabilah akan dihantar menyambung pelajaran peringkat ijazahnya.
6/6 nanti Nawal pula akan menghapi peperiksaan akhir 3rd yearnya. Lepas tu cuti lah pulak no.... Bermula 14dan 15/6 Kakcik pula akan menghadapi peperiksaan . Begitu juga anak sulungku akan bergelumang dengan peperiksaan akhir 3rd yearnya.
Buat semua anak-anak mak , mak himpunkan doa buat semua setiap kali usai solat agar Allah membukakan pintu hati anak-anak semua untuk mengingati apa yang telah dibaca dan dapat menjawap dengan mudah . Moga kejayaan milik semua anak- anak kesayangan mak.
Dan Yang paling teruja menantikan detik 21 Jun bila kami sekeluarga akan dapat berkumpul semula semuanya kerna Nabilah akan mula bercuti 6/6. Nawal pula bercuti perterngahan Jun. Raihan pula akan sampai ke Tanah Air pada 21/6.. Hai lepas ni boleh aku plan aktiviti ngan anak2 gadisku seramai 5 orang tu. Yang lelaki Mr A3 take care lah ye....... Hai! rindu nak p shoping sekeluarga ramai-ramai. Bayangkan Kami sekeluarga seramai 9 orang kat Shoping kompleks Gamat dibuatnya.tp itulah saat yang paling aku nantikan .......

Sunday, May 24, 2009

HAPPY BELATED BIRTHDAY LUQMAN




Niat hati memang nak tulis entry istimewa ni buat anak bongsuku Luqman Al-Hakim pada hari lahirnya 19 Mei yang lalu . Namun ruang masa yang terhad tak membenarkan aku melunaskan hajat hati. Pertamanya lantaran kesibukan membuat persiapan Hari Anugerah cemerlang yang kebetulan diadakan pada 19 Mei juga. Maafkan mak Luqman. HAC disekolah ku tetamu utamanya adalah KDYMM Tuanku Sultan , so bayangkanlah bagaimana persiapann yang harus kami selesaikan.
Halangan kedua sekolah ku juga mengadakan Hari Terbuka Asrama dan perjumpaan waris pada tarikh 20 Mei serta Hari Anugerah Asrama. Asrama memang dibawah kawalan ku , so bayangkan bagaiman kesibukan yang terpaksa aku hadapi. Isk. isk...... kalau aku tak betul kuat boleh tumbang jadinya aku............
Halangan ke3. kami seluruh sekolah juga dalam zon tegang kerana akan dilawati oleh Nazir Sekolah Kluster at any time dalam masa yang sama juga . Hai..... letih den jadinya. Saban tahun dilawati Jemaah Nazir untuk melayakkan sekolah ku menerima pelbagai anugerah ia menjadi seolah-olah rutin yang terpaksa kami warga sekolah hadapinya. Namun tension tetap ada ...
Halangan keempat- Internet kat rumah down. Entah apa masalahnyaa tak dapat dikesan so aku tak dapat nak wish Luqman
Halangan ke5 Broadband aku dipinjam bapa mertuaku Adus ... mati kutulah aku nak buat camno kan aku nak pegang title menantu yang terbaik He..He....
Akhirnya baru hari nilah aku dapat meluangkan sikit masa buat LuQman. Internet dah ok....
Anak bongsu ku ni sangat manja dengan aku maklumlah dia tak da saingan... Sampai sekarang masih duduk atas ribaan aku bila dalam kereta..kalu suruh duduk kat blkg dia akan jawab adik kan kecik lagi baru 6 tahun.... dan jawapan yang paling klise adik nak duduk kat mak sampai adik kahwin ....... Ha..ha.. bayangkan haru biru dibuatnya.


Luqman merupakan seorang yang sangat menghargai . Bayangkan Sejak awal April dia tak pernah miss menulis kad ucapan Hari lahir buatku walaupun hanya atas sekeping kertas kecil. Terharu betul aku dibuatnya.
Pada 18 Mei yang lalu Luqman dah siap pesan. Mak esok jangan lupa Birthday adik ...Jangan lupa bagi kat adik Hadiah tau.... Hai... nasib baik dia ingatkan mak dia yang pelupa ni kalau tak terbabas aku....
Happy Birthday Luqman. Walaupun dah 7 tahun namun adik tetap kecil dimata mak...

Saturday, May 16, 2009

penghargaan

Selamat Hari Guru bertalu-talu mesej yang masuk dalam mailbox h/fon ku. Bangga itu sahaja yang layak aku rasakan buatku seorang guru biasa. Rasanya semua guru mempunyai perasaan yang sama . Bukan hadiah mahal yang diperlukan . cuma sebuah ingatan yang ikhlas dan kejayaan pelajar yang pernah mereka didik.
Buat anak-anak mak sentiasa ingat jasa guru yang telah mengajar anak-anak mak semua. Tanpa mereka siapalah kita.
Pada tarikh keramat ini ingin aku ucapkan terima kasih buat semua guru yang pernah mengajar aku bermula dengan A,B,C, 1,2,3 atau Alif , Ba, Ta . Bermula dari SKTG ke M.M seterusnya ke KIK. Jasa kalian semua takkan aku lupakan .
God is too wisethat created teacher without "pricetags". Because if did we can't afford tu buy an expensive teacher like U
Mampukah aku menjadi guru yang hebat seperti kalian semua? SELAMAT HARI GURU