CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 24, 2010


SELAMAT HARI LAHIR 'AFIFAH

Sori Che,Pah kerana lambat sehari menulis N3 sempena Birthday yang jatuh pada 23 Jan. Bukannya apa, Sabtu kan hari ganti sekolah . 'Afifah ni puteri bungsu. Minatnya berbeza ngan orang lain . Kalu orang sibuk nak memasak dia lebih suka basuh kereta aku atau ayahnya. Cukup cekap bahagian tukar ganti mentol lampu. Memang sejak kecil dia sering membantu ayahnya membaiki paip air yang bocor kat rumah. Cukup minat bola sepak masa kecil2 dulu dia akan join cousin dia main bola sepak . Masa tu risau juga aku...bila aku cerita kat member2 ..jawapan dari depa, tu... la... pasai teringin sangat kut nak hero.. Tapi Alhamdulillah sekarang ni dah girlish dah. He he .
Kalu bab kerja lasak ni memang dia banyak membantu aku dan sering menemani aku kalu aku nak balik AS sorang2 tanpa hubby. Punya sikap yakin diri.. dan wajah yang serius macam mak dia laaa... He.. He.
Walau apapun karekter nya dia memang sering membantu aku termasuk juga kakcik . Semenjak kakak 2 nya meninggalkan rumah untuk menuntut ilmu. mereka berdua nilah yang banyak membantu aku.
Mak bangga dengan 'Afifah .Jadilah anak yang soleh , Jangan lupa kepada pencipta . Mak doakan semoga berjaya dgn cemerlang dalam PMR nanti.
SELAMAT HARI LAHIR semoga bertambah matang seiring dengan usia.


Thursday, January 14, 2010

ERTI BAHAGI A SEORANG GURU 1

Kenapa aku memilih kerjaya sebagai seorang guru ? Kenapa tak kerja kat ofis ke? Jadi insinyur ke? doktor ke? Arkitek ke? Agaknya siapalah yang menjadi role model untuk aku memilih kerjaya ini? Dalam famili mak ngan abah aku hanya seorang aje mak sedara aku jadi cikgu.Tapi yang aku pasti tak ade siapa pun yang mempengaruhi atau memaksa aku memilih kerjaya ini.
Lepas graduate dulu semua member dok sibuk isi borang kerja tapi aku relaks aje, sampai member tanya " Kau ni tak nak keje ke? Selambe je aku jawab " Aku nak jadi jadi cik gu je" So aku pun apply Dip. Ed. walaupun member2 suruh aku tukar niat aku pasai depa kata kerja guru tak glamer dan promotion lambat. Ada ka patut kata gitu.....Yang depa pandai tu sapa ajar bukan kah cikgu yang depa kata tak glamor tu..... Bukannya insinyur yang ajar depa tulis baca atau seorang doktor . Hanya seorang guru biasa yang mengajar tulis baca.
Bahagianya menjadi guru bila anak didik yang kita ajar lulus dalam peperiksaan dan yang paling utama berjaya dalam kehidupn mereka dunia dan akhirat.Sejuknya hati seorang guru bila disapa oleh bekas anak muridnya walaupun dah berpuluh tahun tak berjumpa. Gelaran guru tetap kekal menjadi panggilan sepanjang zaman.

Wednesday, January 13, 2010

SURATAN ATAU KEBETULAN.......

Malam ini sambil menunggu hubbyku pulang dari bekerja aku mengambil keputusan menjengah blog anak gadis sulungku. Dah hampir seminggu aku tak menjengahnya lantaran kesibukan setelah sesi persekolahan 2010 bermula. Selalunya hampir setiap malam aku akan menjengahnya walaupun kadang-kadang tiada N3 baru yang ditulisnya . Bukannya apa ...setiap kali menjengah bloknya sekurang-kurangnya terlampias rindu aku padanya.. Cuma aku masih menunggu anak ketiga aku membina blognya agar aku juga dapat berbuat perkara yang sama....Tapi.....
Tersentak hatiku bila aku baca N3 terbaru kakak , yang menjelaskan N3 sblm ini telah dipadam , lantas aku menghubungi Nawal. Apa kisahnya kakak ? Kenapa kakak sedih. Hati seorang ibu , resah bila mengetahui anaknya berduka dan lara...
Buat kakak banyakkan bersabar... Seperti yang selalu mak pesan tak semua perkara yang kita hendak dan ingini ia berlaku dalam hidup kita akan dapat kita nikmati....Mungkin ada rahmat Allah yang kita sebagai manusia tak mampu nak mengetahui dan mentafsirkannya. Kesedihan , kekecewaan, kepiluan tetap ada.. tapi dengan berlalunya masa semua itu akan dapat kakak hadapi . Percayalah... Mak faham bagaimana perasaan kakak terutamanya kala jauh berseorangan di rantau orang. Bersyukurlah ... itu rahmat yang Allah berikan pada kakak.....Dalam usia muda kakak telah dapat melihat banyak negeri orang dan merasai banyak pengalaman yang tidak dapat Nawal rasai. Bahkan mak yang seusia begini pun tidak mendapat peluang tersebut. Ngah dan Lang pun dah mencuba sedaya upaya memenuhi hajat kakak namun siapalah kita untuk menolak takdir yang telah Allah tetapkan.Hayatilah bait-bait lagu kegemaran mak ni..


SURATAN ATAU KEBETULAN --Kenny Remy dan Martin


Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan
Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Serta kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus......

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbang kan berulang kesilapan....

(Ulang rangkap ke2)

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan


LA TAHZAN.......