CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Wednesday, June 10, 2009

HAPPY BIRTHDAY IQBAL

Ari ni 10 Jun genap umur putera pertamaku 10 Tahun. Dalam keluarga kami Muhammad Iqbal dipanggil Abang @ Bang Teh.Menanti kehadirannya dalam keluargaku merupakan satu penantian yng amat panjang . Maklumlah selepas dikurniakanAllah dengan 5 orang puteri barulah aku dikurniakan putera. AlHamdulillah ! Kemudian Allah kurniakan kami seorang lagi putera , siapa lagi kalau bukan siBongsu ku. Namun begitu kasih sayangku dan dan Mr A3 tetap samarata buat semua anak-anakku. X de pilih kasih no.....Cuma kekadang terlebih lah sikit maklumlah dia orang ni kan masih kecil so 5 orang kakak2 tu jangan le jealous pula...
Ini hadiah pilihan Bang Teh set catur kaca yang dibeli awal 2 minggu masa kami ke Penang . Hai advance gitu... Tapi ari ni dia komplen hadiah abang murah dari hadiah Luqman . Mana aci...Hai anak2 zaman sekarang..Kalau abang nak tahu emak dulu x pernah merasa sambut ari lahir ni . Jgan kata nak sambut ari lahir dapat ucap Selamat Hari Lahir pun x pernah. Namun itu bkn bermakna mak dan abah aku x sayang pada aku . Aku tau aku anak kesayangan mak abah maklumlah anak pompuan sulunglah katakan . Sedara2ku jangan lah pulak terkecil hati..Gurau ajae . Mak Ngan abah memang sayang bangat kat kita 6 beradik.
Budaya memperingati hari lahir ni aku yang hidupkan dalam keluargaku walaupun MrA3 mulanya kurang respon tp sekarang dah ok.. Bukannya ape.. ianya sebagai tanda kasih sayang kita dan ingatan yang mendalam . Betul tak Mr A3.. Cornfirm setujunya coz dia tak pernah lupa Birthday ahli keluarga kami....
Ni.. pening kepala ni Bang TEh tuntut beli jam tangan pula coz hadiah di lebih murah dari adiknya Si Bongsu...

Ni kek birthday Bang Teh. Beli kat Kedai kek Rashidah aje.Nak kek Secret Recipe?.. Tunggu 21 jun coz semua anak-anak mak dah berkumpul kat rumah. Baru lah best.... X de le dok teringat2 yang jauh di mata.....
Sebelah malamnya pula aku masak nasi goreng Cina kegemaran Bang Teh tapi telah diubahsuai ikut cita rasa Melayu. Luqman kata ni Nasi goreng Mama... Ade2 aje idea si bongsuku ini.Sebenarnya Menu malam ni kebetulan aje sebab utamanya kerana stok dalam freezer dah mula susut coz last Friday tak markeeting kerana kami sekeluarga p K.L.
ini pantun Luqman buat Bang Teh
"Dua tiga Kucing Berlari
Selamat Hari Jadi"
Ha..Ha... lawaknya ni penangan menonton slot Upin & Ipin lah ni....
Anyway Selamat Hari Lahir Bang Teh . Moga Membesar Menjadi anak yang SOLEH yang patuh pada perintah Allah dan kedua orang tua...



Wednesday, May 27, 2009

DEMAM PEPERIKSAAN

Demam peperiksaan melanda keluarga aku. Mudah ku katakan Mei dan Jun ini adalah musim peperiksaan bagi semua anak-anak ku. Macam ada pakatan pula tp bukan pakatan pembangkang.. he.he. Bermula dengan dua anak teruna kecil menghadapi peperiksaan 17/5 yang lalu.. Tiap-tiap malam jenuh berperang nak suruh baca buku... Iqbal dengan jawapan biasanya .. Rileklah mak abang dah baca buku dah tadi.. atau abang ngantuk ni mak ..esok abang bangun awal abang bacalah. Hai betullah kata orang kalu anak tak tension nak exam mak pula tension.
Tapi yang bestnya Luqman ... Mak, adik rasa adik mesti dapat 100 markah periksa esok .. Alahai konfiden betul dia. Tiap hari bila aku balik kerja dia akan tunggu dan cerita pertama dia, Mak periksa tadi senang sangat .... adik boleh jawab semua...
Petang tadi bila dia tunjukkan kertas periksa , dan adapaper yang x dpt 100. aku tanyalah pasai apa adik x dpt 100. Jwapan sempoi ... Cikgu lah salah mana aci 1 soalan markah sampai 2@ 3. Hai kalu dah tak mau kalah ni...payah betul.
Hari ni pula Afifah mula menghadapi peperiksaan 1/2 tahun . Tp subjek lukisan PJK dan sivik aje. tu sebab di relaks aje. Nabilah pula akan mula menghadapi peperiksaan akhir persediaan pada 1/6 nanti . Jawab elok-elok no. coz peperiksaan ni akan menentukan kemana Nabilah akan dihantar menyambung pelajaran peringkat ijazahnya.
6/6 nanti Nawal pula akan menghapi peperiksaan akhir 3rd yearnya. Lepas tu cuti lah pulak no.... Bermula 14dan 15/6 Kakcik pula akan menghadapi peperiksaan . Begitu juga anak sulungku akan bergelumang dengan peperiksaan akhir 3rd yearnya.
Buat semua anak-anak mak , mak himpunkan doa buat semua setiap kali usai solat agar Allah membukakan pintu hati anak-anak semua untuk mengingati apa yang telah dibaca dan dapat menjawap dengan mudah . Moga kejayaan milik semua anak- anak kesayangan mak.
Dan Yang paling teruja menantikan detik 21 Jun bila kami sekeluarga akan dapat berkumpul semula semuanya kerna Nabilah akan mula bercuti 6/6. Nawal pula bercuti perterngahan Jun. Raihan pula akan sampai ke Tanah Air pada 21/6.. Hai lepas ni boleh aku plan aktiviti ngan anak2 gadisku seramai 5 orang tu. Yang lelaki Mr A3 take care lah ye....... Hai! rindu nak p shoping sekeluarga ramai-ramai. Bayangkan Kami sekeluarga seramai 9 orang kat Shoping kompleks Gamat dibuatnya.tp itulah saat yang paling aku nantikan .......