CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Permata Hatiku. Show all posts
Showing posts with label Permata Hatiku. Show all posts

Wednesday, September 29, 2010

RENUNGAN RENUNGAN BUAT PUTERIKU

MOGA ANAK2KU MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT DENGAN NIAT YANG IKHLAS



PESANAN BUAT ANAK-ANAK YANG SEDANG ATAU BAKAL BELAJAR PERUBATAN


Khusus buat:



· Anak-anak yang bergelar pelajar perubatan ( di mana jua anda berada)

· Ibu dan ayah kepada anak-anak di atas



Sedikit pesanan ini dinukilkan oleh seorang yang pernah menjadi pelajar perubatan ( 1986-1991), sudah bergelar doktor selama lebih 19 tahun, menjadi pakar O&G dan pendidik kepada ribuan pelajar perubatan selama 13 tahun. Namun belum berpeluang menjadi ibu kepada seorang pelajar perubatan lagi setakat ini.



Anak-anakku,



Kalian sebenarnya bertuah dipilih Allah SWT mempelajari satu bidang yang amat besar faedah dan manfaatnya buat manusia dan dunia. Apapun yang mendorong kalian membuat keputusan menjadikan bidang ini pilihan, kalian sudah sampai di sini! Betapa ramai rakan kalian yang mengidamkan kerusi yang kalian duduki sekarang ini.



Harapnya, dorongan itu bukanlah semata-mata mahu mencuba nasib, memenuhi hajat dan hasrat kedua ibu bapa dan keluarga yang mahu seorang bergelar `Doktor’ dalam salasilah keturunan, ataupun ingin sentiasa bersama dgn rakan karib lain yang kebetulan juga mendapat tawaran yang sama!



Melihat betapa berlumba-lumba kalian merebut tempat di sekolah perubatan, rasanya seperti ada kempen ` Satu Keluarga Seorang Doktor’ lagaknya.



Jangan kalian terkejut nanti – dengan realiti pengorbanan yang mesti kalian lalui.



Perubatan adalah satu lapangan yang perlukan komitmen pembelajaran sepanjang hayat. Kalian sendiri yang perlu mencetus keghairahan mahu menuntut ilmu, bukannya hanya berharap dan bergantung sepenuhnya kepada tenaga pendidik yang menunjuk ajar. Kalian akan mulai mendengar perkataan ` self-directed learning- SDL’, student-centred education, life-long learning, community-based learning, inter-professional learning dll.



Pengajar kalian bukan hanya professor dan pensyarah perubatan, malahan yang bergelar pesakit itulah yang paling banyak mengajar dan memberi tunjuk ajar. Para jururawat adalah mentor yang paling berpengalaman dan perlu diberi penghormatan.



Yang paling utama, akhlak kalian – menjadi pembeza utama antara pengamal perubatan yang mulia dan doktor yang angkuh. Bertuahlah bagi kalian yang sememangnya sudah berbekal dgn didikan sempurna, penuh budi bahasa, tata tertib dan sopan santun yang tinggi semenjak dari rumah lagi. Malanglah kalian yang serba kekurangan dalam aspek ini, sekalipun kalian begitu cerdas mengumpul deretan `A+’ dalam transkrip keputusan peperiksaan saban semester.



Untuk para ibu dan ayah kepada anak-anak yang bergelar pelajar perubatan,



Mohon dipastikan kalian sudah menyediakan anak-anak kalian dengan baik dan sempurna – terutamanya dalam aspek rohaniah dan akhlaqiah mereka. Mereka akan menjadi doktor perubatan – bukan calang-calang profesyen! Pastikan mereka menjadi pengamal perubatan yang tawadhuk dan sentiasa berhubung erat dengn Rabb.. Selitkan doa yang tidak pernah kunjung padam setiap masa dan ketika, moga Allah SWT memberi bimbinganNya buat anak-anak ini.



Sekiranya kalianlah menjadi SEBAB utama anak-anak berada di sekolah perubatan hari ini, sedangkan itu bukan keinginan dan minat mereka sendiri, bersedialah untuk meminta maaf kepada mereka – terutamanya jika mereka akan berhadapan dgn kesukaran dan keperitan memenuhi hajat dan cita-cita kalian itu. Sokong dan dokonglah mereka sehingga ke akhir nanti – kerana cubaan dan dugaan yang perlu anak-anak ini hadapi bukanlah setakat semasa dalam latihan sahaja, malahan yang lebih mencabar adalah ketika terpikul di bahu mereka tanggungjawab dan amanah yang berat apabila bergelar doktor nanti!



InsyaAllah, kalian akan sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala bencana selagi mana penggantungan hanyalah kepada Allah semata-mata.



Dr.Harlina Harlizah Hj Siraji

Wednesday, January 13, 2010

SURATAN ATAU KEBETULAN.......

Malam ini sambil menunggu hubbyku pulang dari bekerja aku mengambil keputusan menjengah blog anak gadis sulungku. Dah hampir seminggu aku tak menjengahnya lantaran kesibukan setelah sesi persekolahan 2010 bermula. Selalunya hampir setiap malam aku akan menjengahnya walaupun kadang-kadang tiada N3 baru yang ditulisnya . Bukannya apa ...setiap kali menjengah bloknya sekurang-kurangnya terlampias rindu aku padanya.. Cuma aku masih menunggu anak ketiga aku membina blognya agar aku juga dapat berbuat perkara yang sama....Tapi.....
Tersentak hatiku bila aku baca N3 terbaru kakak , yang menjelaskan N3 sblm ini telah dipadam , lantas aku menghubungi Nawal. Apa kisahnya kakak ? Kenapa kakak sedih. Hati seorang ibu , resah bila mengetahui anaknya berduka dan lara...
Buat kakak banyakkan bersabar... Seperti yang selalu mak pesan tak semua perkara yang kita hendak dan ingini ia berlaku dalam hidup kita akan dapat kita nikmati....Mungkin ada rahmat Allah yang kita sebagai manusia tak mampu nak mengetahui dan mentafsirkannya. Kesedihan , kekecewaan, kepiluan tetap ada.. tapi dengan berlalunya masa semua itu akan dapat kakak hadapi . Percayalah... Mak faham bagaimana perasaan kakak terutamanya kala jauh berseorangan di rantau orang. Bersyukurlah ... itu rahmat yang Allah berikan pada kakak.....Dalam usia muda kakak telah dapat melihat banyak negeri orang dan merasai banyak pengalaman yang tidak dapat Nawal rasai. Bahkan mak yang seusia begini pun tidak mendapat peluang tersebut. Ngah dan Lang pun dah mencuba sedaya upaya memenuhi hajat kakak namun siapalah kita untuk menolak takdir yang telah Allah tetapkan.Hayatilah bait-bait lagu kegemaran mak ni..


SURATAN ATAU KEBETULAN --Kenny Remy dan Martin


Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan
Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Serta kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus......

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbang kan berulang kesilapan....

(Ulang rangkap ke2)

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan


LA TAHZAN.......

Thursday, October 8, 2009

Selamat berjuang puteri ku



Saat aku menulis post ini telah berlalu 24 jam puteri ketiga ku meninggalkan tanah air , kerana ditawarkan melanjutkan pelajaran ke negara orang , Bangalore India menjadi destinasi Nabilah untuk menyambung perjuangan hubby ku sebagai seorang doktor. Sedih sayu dan gembira semuanya bersatu. Sedih dan sayu kerana aku terpaksa berjauhan dengan seorang lagi permata hatiku setelah kakak dah 4 tahun menyambung pelajaran ke Ireland. Gembira kerana Allah memberi ruang kepada Nabilah menyambung pelajaran dalam bidang yang di minati.


B ak kata Nawal sekarang hanya tinggal kami berdua saja yang untuk bergosip dan berkongsi rasa dan perasaan , x lupa juga untuk shopping . He.. He... kerana yang lain tu masih dibwh umur ( sori kak cik dan Afifah)


Sebelum berangkat Nabilah selalu tanya " Mak sedih tak nanti kalu adik tak ada ? Sukar untuk menjawab tp aku pasti Nabilah lebih mengerti rasa hati seorang ibu walaupun sukar untuk ku ucapkan.
Aku pernah berbincang dengan Hubby kalu boleh biarlah Nabilah melanjutkan pelajaran kat CUCMS sahaja tempat Nawal belajar. Aku rela untuk mengeluarlan belanja untuk menanggung kos pembelajarannya kerana aku x sanggup menangung saratnya rindu bila berjauhan dengan anak-anak.. Tp MrA3 seperti selalu dengan coolnya menasihati " Biarlah anak-anak mencorak kehidupan mereka sendiri . Kita hanya menegur sekiranya mereka tersasar arah.


Buat Nabilah pesan mak ........
Sentiasa berpegang pada prinsip. Adik ke sana untuk menuntut ilmu.


Walau apapun halangan yang bakal dihadapi kuatkan semangat dan tabahkan hati.


Sentiasa bermunajat kepada Allah kerana Dia Maha mendengar lagi mengasihani.


Jangan sesekali abaikan Solat 5 waktu dan kalu ada ruang tambahkan dengan amalan sunat.


Pastikan Quran menjadi bacaan Adik setiap hari walaupun 1 kali.


Pilih lah kawan-kawan yang dapat membimbing kita kejalan yang diredhai Allah


LOVE U FOREVER AND EVER