Ini sette kesayangan kami sekeluarga . Selalunya kami akan bersantai disini untuk menonton t.v.diruang kelluarga kegemaran kami . Kat kerusi nilah anak-anak ku selalu lepak dan bergurau senda. Kerusi ni jugalah tempat aku selalu merehatkan badan "terlelap" selepas seharian penat bekerja. Hampir 8 tahun dia menaburjasa memberi keselesaan pada kami dan sarungnya dah agak uzur. Aku dan hubby menjelajah kedai perabut untuk mencari ganti tapi tak ada yang berkenan di hati. Akhirnya kami sepakat untuk menukar menukar sarungnya aje..
Hampir 3 bulan kami sekeluarga menunggu dan sepanjang tempoh tu aktiviti menonton dan melepak diruang ni terasa hambar . Anak-anak asyik bertanya bila lah kerusi nak siap. Ketika aku berbincang dengan pemilik kedai perabut yang akan dipertanggungjawankan untuk merubah wajah sette kesayangan ni pemilik kedai cadangkan "tukar ajaelah kak! Dah lama dah kerusi tu... tp aku tetap dengan keputusan , "Tak nak lah kerusi tu selesa duduk...Dah cari dah tp x dapat nak teng kerusi ni... "Dia tersenyum sinis aje . Maklumlah promosi dan pujukan dia tak jalan . Bila dia datang angkut kerusi tu untuk dibawa kekilang baru dia tau kenapa kami tak nak tukar baru. Eh..Eh betullah abang ..elok lagi kondisi kerusi ni walau pun dah 8 tahun dilanyak. Ha kan aku dah kata... tak caya.
2 comments:
waaa
cun2..
mak carpet tu xpa gelap,sbb lantai marmar putih,dia kontra..pastu plak,ni ruang menonton,lagi gelap lagi bagus..heheh
mak,balik ni kakak nak cat dinding tu,geram la tgk..hahah..
ok. Set! tapi jangan hangat2 tahi ayam aje..... warna kuning ok kut.Eee !tak sabarnya nak tunggu akak balik. kalau bajet banyak kita bubuh wall papaer. tp kena minta permission Lembaga Pengarah dulu... Ha. Ha.....
Post a Comment