CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 20, 2010

IKATAN DUA HATI


Tarikh keramat 19 Disember 1984 menukarkan status aku dari seorang anak gadis pingitan (perasan) kepada seorang isteri. Kini tarikh tersebut menjelang lagi..Sedar tak sedar sudah 26 tahun aku memegang gelaran tersebut ditambah satu lagi status IBU..
Telah banyak onak dan duri yang kami lalui dan rintangi bersama. Saat ini apa yang mampu aku lafazkan hanya SYUKUR kerana Allah telah menganugerahkan aku seorang teman hidup, seorang kekasih, sahabat setia ,seorang pelindung, seorang motivator, seorang pemimpin yang terangkum dalam diri seorang lelaki yang bergelar SUAMI. Dia adalah CINTA dan ANUGERAH Ilahi buatku dan anak-anak.
Betul kata orang dalam sebuah rumahtangga kita jangan terlalu memikirkan perbezaan tetapi harus mencari titik persamaan antara 2 hati dan jiwa. Memang benar antara kami berdua banyak perbezaan dari segi karektor, minat dan pendapat namun persefahaman dan saling menghormati membolehkan kami melayari bahtera rumahtangga dalam aman damai dan bahagia. Syukur Alhamdulillah...
Hubby selalu bercanda kami ibarat sekeping syiling yang mempunyai dua wajah yang berbeza,
namun bergabung menjadi satu dan mempunyai nilai yang tersendiri.... Sekiranya sekeping
syiling mempunyai wajah yang sama pada kedua belah permukaan tentu ianya syiling
yang reject dan tidak bernilai.
Kesabaran adalah tunggak paling utama dalam sebuah rumahtangga tapi sebenarnya yang paling
utuh tahap kesabarannya adalah hubby ku.. Aku banyak kerenahnya.... Sekali lagi pada tarikh
keramat ini dan sepanjang masa aku memanjatkan doa ke hadrat Ilahi yang telah menetapkan
jodoh kami semuga ikatan perkahwinan kekal bahagia dan yang lebih pentingnya sentiasa
dirahmati Allah sepanjang masa
Terima kasih buat anak-anak yang sentiasa mendoakan kami dan tak pernah lupa menghulurkan
ucapan Happy Anniversary di samping pemberian dari kalian semua . Kamu semua permata
hati makdan ayah yang menambahkan lagi serinya rumahtangga yang kami bina .
Setiap dari kalianmempunyai tempat yang teristimewa di hati ayah dan mak.
Moga perjalanan hidup kami akan sentiasa diberkati Allah. Moga dengan bertambah usia
perkahwinan makin bertambah keserasian , kasih sayang, kesefahaman, kecintaan
dan kemesraan
HAPPY ANNIVERSARY buat aku dan HUBBY

2 comments:

My Heart Draws A Dream said...

aik mak lang..takkan kawen 2004 kot..tp anak lahir 1986..hehe..biar betoi..btw, happy anniversary..semoga ceria dan bahagia selalu..semoga terus bercinta hingga ke Syurga..

Misk said...

Ha... Ha... Lang silap perkiraan tuh ... dah dibetulkan .Tu lah tandanya usia dah menjangkau veteran. Ha... Ha... Any way tq atas ingatan.