CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label kehidupan guru. Show all posts
Showing posts with label kehidupan guru. Show all posts

Thursday, January 14, 2010

ERTI BAHAGI A SEORANG GURU 1

Kenapa aku memilih kerjaya sebagai seorang guru ? Kenapa tak kerja kat ofis ke? Jadi insinyur ke? doktor ke? Arkitek ke? Agaknya siapalah yang menjadi role model untuk aku memilih kerjaya ini? Dalam famili mak ngan abah aku hanya seorang aje mak sedara aku jadi cikgu.Tapi yang aku pasti tak ade siapa pun yang mempengaruhi atau memaksa aku memilih kerjaya ini.
Lepas graduate dulu semua member dok sibuk isi borang kerja tapi aku relaks aje, sampai member tanya " Kau ni tak nak keje ke? Selambe je aku jawab " Aku nak jadi jadi cik gu je" So aku pun apply Dip. Ed. walaupun member2 suruh aku tukar niat aku pasai depa kata kerja guru tak glamer dan promotion lambat. Ada ka patut kata gitu.....Yang depa pandai tu sapa ajar bukan kah cikgu yang depa kata tak glamor tu..... Bukannya insinyur yang ajar depa tulis baca atau seorang doktor . Hanya seorang guru biasa yang mengajar tulis baca.
Bahagianya menjadi guru bila anak didik yang kita ajar lulus dalam peperiksaan dan yang paling utama berjaya dalam kehidupn mereka dunia dan akhirat.Sejuknya hati seorang guru bila disapa oleh bekas anak muridnya walaupun dah berpuluh tahun tak berjumpa. Gelaran guru tetap kekal menjadi panggilan sepanjang zaman.

Wednesday, December 2, 2009

Rancang-rancanglah Event 2010

Kalendar Persekolahan 2010


Kumpulan A

Penggal

Cuti dan Hari Persekolahan

Mula

Akhir

Hari

I

Hari Persekolahan

03.01.2010

31.01.2010

21

Hari Persekolahan

01.02.2010

28.02.2010

20

Hari Persekolahan

01.03.2010

11.03.2010

9

Cuti Pertengahan Penggal

12.03.2010

20.03.2010

9

Hari Persekolahan

21.03.2010

31.03.2010

9

Hari Persekolahan

01.04.2010

29.04.2010

21

Hari Persekolahan

02.05.2010

31.05.2010

22

Hari Persekolahan

01.06.2010

03.06.2010

3

Cuti Pertengahan Tahun

04.06.2010

19.06.2010

16

II

Hari Persekolahan

20.06.2010

30.06.2010

9

Hari Persekolahan

01.07.2010

29.07.2010

21

Hari Persekolahan

01.08.2010

31.08.2010

23

Hari Persekolahan

01.09.2010

02.09.2010

2

Cuti Pertengahan Tahun

03.09.2010

11.09.2010

9

Hari Persekolahan

12.09.2010

30.09.2010

15

Hari Persekolahan

03.10.2010

31.10.2010

21

Hari Persekolahan

01.11.2010

18.11.2010

14

Cuti Akhir Tahun

19.11.2010

01.01.2011

44

Jumlah

288

Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am

210

Jumlah Hari Cuti Penggal



Kata bijak pantai " Orang Yang Gagal Untuk Merancang , Merancang Untuk Gagal " Lebih kurang gitulah bunyinya . Aku ni bukan pandai sangat bab kata-kata hikmat ni..... Takwim ni aku paparkan buat mereka-mereka yang sedang merancang untuk peristiwa besar dan bermakna pada tahun depan . Kak Lang yang akan ....Tut..... pada tahun depan . Pilihlah tarikh yang sesuai...untuk peristiwa besar dan bersejarah dalam hidup. Buat anak-anak mak... belek-beleklah takwim ni .. sama dak dengan cuti kat Uni.. U all....mana tahu kut kita boleh pilih satu tarikh untuk percutian keluarga... walaupun rasanya susah nak diatur kerana masa cuti yang berbeza. Juga takwim ni sebenarnya untuk diri akau sendiri. ... yang selalu tak kisah dan lupa bila cuti bermula. Psssstttt..( Kerana aku jarang dapat menikmati erti sebenarnya cuti...)

78

Monday, November 30, 2009

Bercutikah Aku?

Kini dah hampir 2 minggu cuti persekolahan berlalu tapi aku belum lagi merasa nikmat cuti sekolah. Setiap hari bkerja aku pasti akan ke sekolah. Anak- anak selalu tanya Ari ni mak p sekolah tak? Aku dengan berat hati menjawab pi .. ada kerja. Kekadang tu kesian juga kat dia orang cuti- cuti sekolah pun asyik terperap kat rumah aje.

Hubby pun everyday tanya soalan yang sama , dan jawapan aku tetap sama. Hujung tahun ni banyak persiapan yang perlu di selesaikan sebelum sekolah di buka untuk sesi 2010. Memastikan asrama berada dalam keadaan sedia menerima pelajar . menyediakan perancangan untuk tahun depan . membuat pengagihan tugas dan lain-lain.
Terkadang aku ingin kembali menjadi guru biasa. Tetapi aku kerap memujuk hati mungkin sedikit pertolongan dan pengorbanan anak-anak akan dapat membantu menyenangkan orang lain..Belum tentu apa yang kita suka itu baik untuk diri kita...

Monday, November 2, 2009

Sukarnya Memuaskan sekeping Hati......

Dibuat salah, x buat salah . Jadi semua serba salah.
Hai.. kadang-kadang pening kepala memikirkan, bila setiap tindakan tidak pernah dapat memuaskan sekeping hati. Semalam aku diterjah dengan satu komen dan kritikan yang mengguris hati. Sebenarnya keadaan ini sangat biasa aku hadapi. Namun aku selalu memujuk hati sendiri. Mungkin apa yang aku buat walaupun pada penilaian aku ia agak bersesuaian namun mungkin bagi orang lain ia tidak mencukupi. Mungkin ini ujian dari Allah untuk menguji tahap kesabaran hatiku dan tak secara langsung mematangkan diriku yang dah hampir masuk zon veteran ni.
Namun kekadang aku terfikir sendiri kalu dah kerap mengalami situasi yang sama apakah aku perlu bertahan lagi disini... Kerapkali aku memujuk hati sendiri namun aku kadang2 kalah dengan mainan emosi. Semoga Allah memberi aku kekuatan hati dan jiwa . Aku sentiasa berdoa agar ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua ini. Semoga Allah mendengar doaku.....

ALLAh answers prayers in 3 ways
He says YES and gives you what you WANT,
He says NO and gives you something BETTER
He says WAIT and gives you the BEST of His own time

TABAHLAH WAHAI SEKEPING HATI! KERANA TAK MUNGKIN AKU DAPAT MEMUASKAN HATI YANG SEKEPING ITU, kerana aku hanya manusia biasa. Bukan siapa-siapa.......

Saturday, June 20, 2009

Belajar sepanjang hayat

Hari ini kami staf SMKSB mengikuti kursus pembinaan Blog. Yang tragisnya aku belajar upgrade blog dari bekas anak muridku.Betullah kat orang hidup ibarat roda.

Tuesday, June 2, 2009

Tugasan Nan Mencabar

Petang tadi aku dapat call dari Alamoda Sg. Petani. Ni bukan bisnes punya hal tp tugasan yang terpaksa aku dan PKK kena settle kan dalam tempoh 2 minggu cuti ni, naktau apa ? Uruskan pakaian koir yang nak bertanding 16/6 nanti. Macam lipas kudung kami berdua dibuatnya kalau tak pun macam cacing kepanasan Hai .... sabar ajelah hati... Khamis lalu kami p SP nak cari kain . Bayang kan dah jumpa kain yang berkenan di hati tp x cukup la pulak........ .bayangkan kami kena urus 28 pasang utk girls dan 12 pasang utk boys... Mana nak ckp 1 kayu kain . Terpaksalah Alamoda buat tempahan baru, tu yang ari ni ..pi amik kain yang lebih. Huh ... Dah hampir selesai tugasan kami walaupun terpaksa pujuk tailor yang dah surrender...Bayangkan nak jahit 40 pasang dalam tempoh 2 minggu ... hai x lena la jawapnya tailor tu... Huh lega satu bab. Harap- harap kumpulan koir sekolah aku menang la sampai peringkat negeri.. Kalau tak, tak berbaloi rasanya penat lelah kami. Nasib baiklah PKK tu satu kepala ngan aku..
Tugasan Kedua kami juga berjaya kami selesaikan..... nak tahu apa dia, uniform guru2 sekolah aku pulak . Bayangkan kena cari kain untuk 81 orang guru perempuan(324 mtr semuanya) . Guru lelaki kami tinggalkan tugasan tersebut pada pengerusi BKS. Tak kuasa kami nak cari utk dia orang. At last dapt cari juga.. Warna oren..muda Cantik ... kata Mr A3 . tu yang hatiku berbunga gumbira tu. Kalau dah Mr A3 puji memang cun melecun la coz hubby I ni susah nak luahkan pujian.
Ok puteri2 mak nanti you all balik kita p Alamoda cari baju raya tahun ni. Staf dia kebanyakan dah kenal esp Aju , Ita dan akmar. Harap-harap dpt lag harga istemewa..Thanks 4 you all kerana sanggup melayan kerena kami berdua...