CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 21, 2010

MEMBESAR BAGAI JOHAN


19.05.2010

Ingat tu... Mak jangan lupa tau. Pesan Putera Bongsuku . Nape tanya aku. Laa kan birthday adik... Sengaja aku menyakat dia.. Luqman Al-Hakim nama yang aku pilih dan sangat aku idamkan kerana Allah peruntukkan satu kisah dalam AlQuran sempena nama ini. Harap-harap Luqman anak emak ni juga akan cerdik, pintar dan beriman.

Sangat teruja nak menyambut hari lahirnya...... Bila aku wish HAPPY BIRTHDAY LUQMAN! Jawapannya tunggulah malam nanti .. Kenapa pula malam , kan dah lewat.. Jawabnya Adik suka sambut birthday waktu malam sebab ada lampu bercahaya- cahaya.. Wow! Imaginasinya cukup tinggi ...

LUQMAN

SELAMAT HARI LAHIR
SEMOGA MEMBESAR MENJADI ANAK YANG SOLEH

SEMOGA DIBERI ALLAH KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT

SEMOGA SENTIASA MENTAATI GURU
SEMOGA DILIMPAHI RAHMAT ALLAH SEPANJANG MASA

SEMOGA ALLAH MELINDUNGIMU DARI KEJAHATAN DUNIA DAN AKHIRAT
SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN KEBAHAGIAAN DALAM SEGENAP RUANG HIDUPMU

Sunday, May 9, 2010

IBU RATU HATIKU

Post aku paling suka... Sebenarnya agak susah nak ajak mak berposing... kerapkalinya kami hanya dapat ambil gambar curi aje ala paparazi...
Sempena Hari Ibu aku ingin melakarkan jutaan terima kasih yang tak terhingga buat insan yang paling aku sayangi..... Tiada dua dan tiganya hanya buat insan yang melahirkan dan membesarkan aku serta sentiasa bersama aku walau dalam keadaan susah senang.
Sebagai anak perempuan sulung aku amat rapat dengan mak.. Cuma kerana didikan dan asuhan yang diterima serta budaya zaman aku dibesarkan kami tidak pernah diajar meluahkan ucapan Selamat Hari Ibu....... Cuma sekarang ni aje masyarakat kita seolah-olah menjadikan ia suatu budaya, Walaupun bermula dari barat namun ia sangat bagus dipupuk di jiwa dan minda anak-anak.
Waktu aku kecil dulu mak selalu akan ikat/tocangkan rambut aku...dibahagian tengah kepala dan dibuka kembang seperti bunga raya... Itu kira fesyen top masa dulu . Sekarang ni kalau buat camtu agaknya jadi bahan ketawa lah kot.. Tapi aku sangat bangga kerana aku tahu mak sayangkan aku...
Kalau nak menyambut Hari Raya mak akan pastikan rambut aku dikeritingkan (karan). Bila balik rumah aja, malam susah nak tidor .. kerana hati aku kembang bahagia sama kembang dengan rambut aku... Ha.. Ha...Esok pagi mula lah nak menayang sakan pada sepupu2 dan kawan-kawan.
Dan satu lagi yang tak pernah mis mak akan pakaikan lipstik kat aku.... bila pergi makan kenduri,,,, Ha ... waktu tu kalu boleh tak nak minum ... takut lipstik hilang... atau melekat kat gelah..... lawak nya... bila dikenangkan...
Aku tahu mak buat semua tu kerana mak sayangkan aku.. Sampai sekarang kasih mak pada aku dan adik beradik ku masih melimpah ruah bahkan tertumpah pada cucu mak pula. Walaupun kekadang dalam keterbatasan kudrat mak masih ingin nak memenuhi kehendak anak cucu yang menginginkan rasa air tangan mak . Karipap buatan mak menjadi kegemaran anak cucu dan daging masak hitam antara juadah kegemaran kami semua. Tu tak kira lagi lepat liat , lepat pisang.. sebut ajaelah apa yang masak kami pasti merasai kesedapannya. Kerana aku tahu mak memasak dengan penuh kasih sayang buat kami semua...
Sempena hari ibu ini aku ucapkan terima kasih mak kerana MENGANDUNGKAN aku MELAHIRKAN aku , MENYUSUKAN aku, MEMBESARKAN aku, MENDIDIK aku, dan MEMANUSIAKAN seorang aku. Walau apa pun yang aku lakukan atau korbankan namun aku sangat pasti AKU tak termampu membalas jasamu EMAK.....

WALAU KASIHKU TAK MAMPU MENANDINGI KASIHMU
AKU TETAP MENYAYANGIMU
TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA
SELAMAT HARI IBU

Wednesday, April 28, 2010

AGENDA YANG TERTUNGGAK......

N3 ni sepatutnya dihasilkan sempena besday aku... Tapi keadaan tak mengizinkan kerana TENET di rumah menghadapi masaalah. Bila aku cuba guna broadband asyik tak leh aje.. coverage so poor . Dalam hati menyumpah gak kat CELCOM. Ni yang nak POTONG ... POTONG.... POTONG... ( iklan P1 WIMAX). Pada 28 April aku cuba gak guna B/Band kat skolah.. Eh...Eh.. ok pulak.. Tapi faham-faham ajelah kat sekolah...mana ada masa nak tulis N3 ni.. Jadi sebagai melepaskan rasa keciiiiwaaa aku letak foto no ajelah...



Ari ni.. 3/5/2010 barulah hubby dapat baiki TENET (setelah berhempas pulas gaklah mengusahakannya.. So aku pun terus publish N3 ni walaupun dah hampir basi... Hu...Hu..

Jam 5.00am 27 April 2010 ketika aku ke dapur untuk menyiapkan menu untuk makan tengah hari dan sarapan untuk hari tu .. aku terlihat susunan kotak-kotak hadiah diatas meja makan. Ha! terus celik mata yang masih belum buka sepenuhnya...( Dasar meterialistik sungguh...) Ha..Ha...

Namun oleh kekangan masa aku urungkan niat hati yang berkobar2 nak buka hadiah tu.. Kalau aku ngadap hadiah tu alamat anak2 dan hubby makan nasi kosong ajelah ...tgh ari tu..Lagi pun tak sioklah buka hadiah sorang2.. mana taknya yang lain masih tengah sedap diulit mimpi...
Akhirnya keputusan di buat hadiah hanya akan dibuka jam 10.30 malam.. kerana hanya pada waktu tu sajalah kami sekeluarga dapat berkumpul.. setelah seharian menunaikan tugas dan komitmen masing2.


JENG....JENG...

Ni hadiah dari HUBBY tersayang...
Vase ceramic yang menawan.

Ha! lepas ni kita gi Shopping kat SSF lak nak cari bunga
Agak2nya sempena hari ibu sesuai la kut..
Tak pun sempena hari guru...

Ni pula musical box

Hadiah dari putera bongsu aku

Kreatif jugak dia ......


Ha.. ni bunga hati dari Bang Teh

Harap-harap besar nanti jangan jadi Mat Bunga dah leee

Hadiah dari Afifah ... Tq Cik Pah

Classic dan menarik

Dari Kak cik

Pink memang kegemaran aku

So nice......

Ini adalah gabungan kasih sayang dari orang-orang yang paling hampir di hatiku. Terima kasih atas ingatan kalian namun hadiah yang paling berharga adalah limpahan kasih sayang dari kalian semua plus 3 puteri yang jauh di mata namun tetap dekat di hati. Me amat bersyukur kerana Allah meanugerahkan kalian semua buatku. Always Love U all.

Ini adalah hasil karya pelajar 3A5...

So touching...

Terima kasih atas ingatan kalian

Moga sukses cemerlang dalam PMR 2010

Skor 8A....

Tuesday, March 2, 2010

RAIHAN!!!! CHEK DAH MAKIN MATANG....


24 tahun yang lalu ketika matahari tengah rembang ( tengahari la tu) aku selamat melahirkan puteri sulungku. Raihan ni satu-satunya anak ku yang lahir kat Butterworth... Kiranya anak Mami Tanjong lah ni... tapi hidung tak la mancung sangat He...He...
Masa mengandung kat kakak ( panggilan manja kami sekeluarga..) aku sangat gemar makan aiskrim.. especially CORNETTO.. yang old version punya sangat sedap.. tapi sekarang ni kurang menyengat.. CORNETTO ni... sampai sekali tu punya khusyuk menikmati Cornetto sampai gigi palsu aku patah,,, Ha... Ha... lawak sungguh. Esoknya aku dapat le MC satu hari diberikan oleh Dr. Aziz yang sangat baik hati tu. Ye lah tak kan nak pi ngajar dengan gigi depan yang x de ! karang tempias pula anak muridku... Ha... Ha...
Kakak ni lah anak aku yang paling banyak tempat dibesarkan . Bermula di Bagan Belat B'woth .. tepi pantai gitu. Kmd berpindah ke Titi Gajah , selepas tu Ke Taman Sahab Jalan Langgar. Dan balik semula ke Titi Gajah. Akhirnya kami berpindah ke Sg Hippo di Kulim dan sekarang dah menetap kat Old Factory....
Masa kanak-kanak dulu kakak pernah tanya aku " Mak ni Mak TIRI akak ke ..".Ha .... Baru padan muka! CENGEI sangat ngan anak-anak. Ha... Ha... Apa pun aku tak kecil hati... kerana kecengeilan (betul ke bahasa ni) akulah, kakak sedang berada dibumi Ireland. Setuju dak akak.
Semasa kecil anak-anak ku dibesarkan dengan bermacam larangan bahan makanan yang x baik utk kesihatan. Sweets tak blh makan.. sirap x leh . Air ais x de dlam peti ais. Susu pekat manis x de dalam simpanan...Titbits tak dibenarkan . Sampaikan satu hari tu kakak dengan selambanya mengumumkan.. " Mak bila besar nanti kakak tak naklah jadi doktor macam ayah..
Tu lah, kadang-kadang kita sebagai manusia hanya merancang tapi Allah yang menentukan . At Last kakak tetap memilih untuk menabur bakti sebagai seorang doktor...Walaupun terkadang aku sering bertanya di hati, anak yang manakah yang akan mengikut jejak langkahku....
HAPPY BIRTHDAY KAKAK ...MOGA SENTISA DIRAHMATI ALLAH DAN SENTIASA MENEMPAH KEJAYAAN DALAM SEMUA RUANG KEHIDUPAN.
MISS U...


SELAMAT HARI LAHIR ABANGGGGG........

Sebenarnya aku sangat terlambat menulis entri ini , khas buat my hearthrob( betul ke ejaan tu...) ni perkataan yang kwn aku gunakan masa kat U dulu. Puluhan tahun yang lalu... Aku bersih bab-bab ni . betul tak kakak and Miss Nawuki... He...He... Mulanya aku nak abaikan aje ingat tahun depan la tulis... coz sangat busy lately. Tapi bila aku nak tulis N3 buat anak sulungku ... tiba-tiba .. timbul rasa sayu di hati.. Alangkah tak baiknya aku..Bagaimana sanggup aku buat-buat lupa kat rakan kongsi aku selama s 26 tahun ni..Aisehhh SANGAT TAK PATUTKAN....
Sebetulnya aku tak pernah lupa nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat semua ahli keluargaku.. Selalunya aku akan ucapkan atau SMS tepat DETIK 12.00 MALAM.Jam 12 malam 24 Februari yang lalu aku dah wish my hubby..SELAMAT HARI LAHIR DARLING... jawapan klise dari hubbyku.. La.... kenapa ingatkan .... Terasa makin tua pula .. Amboi... amboi....jawabku "Kan bagus diperingatkan kita dah tua .. Semoga kita sedar dan berusaha untuk sentiasa mendekatkan diri dengan Sang Pencipta." Seiring dengan itu aku hadiahkan jilid IHYA' ULUMUDDIN karangan Imam Shafie yang diterjemah dalam Bahasa Melayu...
SELAMAT HARI LAHIR ABANG......walaupun saya tau abang tak baca N3 ni tapi hati saya puas kerana berjaya jg menulis walaupun tertunda...
LOVE U.......

Tuesday, February 2, 2010

Hidayah Allah Sukar di Telah

N3 ini bukan hasil karya aku tapi dimuat turun dari laman Dr Danial. Lantaran aku takjub dengan kurniaan Allah buat insan2 terpilih. Aku bersyukur kerana dilahirkan Islam namun persoalan yang sering bertamu Banyak manakah amalanku berbanding nikmat yang telah Allah kurniakan.

Sama-sama kita renungkan..........

Kisah-kisah pengislaman Dr. Murad Hofmann (Roman Katolik, Pakar Undang-undang, Diplomat) / Dileep Kumar (Hindu, Tokoh Muzik Bollywood) / Dr. Ingrid Mattson (Roman Katolik, Pakar Pengajian Islam) / Jang (dari Negara China)

Dr. Murah Hofmann (Roman Katolik, Pakar Undang-undang dan Diplomat)

Dr. Murad Hofmann dilahirkan pada tahun 1931 dalam sebuah keluarga Roman Katolik. Beliau memperoleh ijazah pertamanya di Union College New York dan Dr. Murad Hofmannijazah PhD dalam bidang perundangan di Munich University pada tahun 1957. Pada tahun 1960 beliau memperoleh pula ijazah LL.M. dari Harvard Law School. Beliau dilantik menjadi Pengarah Penerangan bagi NATO di Brussels dari tahun 1983 hingga 1987. Pada tahun 1987 beliau dilantik menjadi Duta Jerman ke Algeria dan pada tahun 1990 pula menjadi Duta ke Morocco

Dr. Murad Hofmann memeluk Islam berdasarkan beberapa pengalaman dan pengamatan. Antara sebabnya ialah pengalaman beliau di Algeria di saat berlakunya pertembungan antara tentera Perancis dengan kumpulan gerila dari kumpulan Algerian National Front.yang menuntut kemerdekaan bagi Algeria. Beliau melihat penderitaan yang dialami umat Islam yang memperjuangkan kemerdekaan ini serta kesabaran yang mereka miliki. Beliau meyakini kesemuanya terhasil kesan dari ajaran Islam yang mulia. Bermula tarikh itu Dr. Murad mula mengkaji al-Quran tanpa henti.

Sebab kedua beliau memeluk Islam ialah kefahaman beliau yang mendalam tentang ajaran Kristian. Beliau mendapati terdapat perbezaan yang besar antara apa yang dipercayai oleh orang Kristian awam dengan apa yang diajar oleh profesor agama Kristian di universiti. Beliau tidak boleh menerima ajaran St. Paul yang amat berbeza dengan ajaran nabi Isa yang asal sedangkan, kata belilau, “St. Paul tidak pernah bertemu nabi Isa maka bagaimana dia berani mengubah ajaran nabi Isa?”

Di samping itu beliau juga tidak boleh menerima hakikat bahawa setiap orang dilahirkan dalam keadaan berdosa, seperti yang terkandung dalam konsep Original Sin dalam ajaran Kristian, dan nabi Isa perlu mati kerana dosa-dosa itu. Beliau berasa pelik tentang mengapa ‘Anak Tuhan’ perlu disalib dengan kejam untuk membersihkan manusia daripada dosa yang mereka sendiri lakukan.

Pada tahun 1980 beliau memeluk Islam. Beliau berkata, “Seorang Muslim hidup tanpa pemujaan kepada makhluk. Dia tidak menyembah Tuhan dengan perantaraan Jesus, Mary atau wali-wali tertentu, sebaliknya dia menyembah Tuhan secara langsung. Justeru seorang Muslim merupakan seorang yang merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.”

Rujukan: http://www.islamreligion.com/articles/124/

Dileep Kumar (Agama Hindu, Tokoh Muzik Bollywood)

Dileep Kumar dilahirkan pada tahun 1966 di Madras, India. Beliau adalah penganut agama Hindu dan memperoleh ijazah dalam bidang Western Classical Dileep KumarMusic dari Trinity College of Music, Oxford University. Beliau amat popular di India melalui muzik ciptaannya yang merevolusikan muzik Bollywood di India. Semuanya bermula pada tahun 1992 apabila beliau diberikan kepercayaan untuk mencipta muzik dan lagu bagi filem Roja. Beliau berjaya menyerlahkan bakatnya sehinggakan lagu Tamizha Tamizha dalam filem ini menjadi pujaan ramai. Kebolehan beliau memang mengagumkan kerana beliau berjaya menggabungkan unsur-unsur pop, Bach, Beethoven, Mozart, reggae, rock serta muzik Hindu klasik dalam muziknya. Kerana kehebatannya itu beliau menggondol anugerah sebagai Pengarah Muzik Terbaik sebanyak tiga kali.

Pada tahun 1988 Dileep Kumar mengalami satu pengalaman yang pelik, iaitu, ketika berada di Malaysia beliau bermimpi menemui seorang lelaki tua yang menyuruhnya memeluk Islam. Beliau pada mulanya tidak mempedulikan mimpi itu namun apabila, selepas itu, mimpi yang serupa datang berulang-ulang kali dalam tidurnya, beliau mula memandang serius terhadapnya. Minatnya terhadap Islam terus meningkat dan kemuncaknya ialah ketika salah seorang adik perempuannya mengalami sakit tenat pada tahun 1988. Rawatan demi rawatan tidak berjaya menyembuhkan penyakit adiknya sehinggalah mereka bertemu dengan seorang tokoh agama Islam. Secara yang tidak diduga, penyakit adiknya sembuh selepas tokoh agama itu berdoa kepada Allah. Pada tahun 1989 Dileep Kumar dan keluarganya memeluk agama Islam dan beliau menukar namanya kepada Allah Rakha Rahman.

Antara pengalaman yang tidak boleh beliau lupakan ialah pada tanggal 6 Januari 2006 yang merupakan tarikh hari jadinya. Ketika itu beliau berada di Masjid nabi di Madinah. Beliau berkata, “Itulah hadiah hari jadi saya yang paling berharga. Selama sehari suntuk saya beribadah di dalam Masjid Nabi dan apa yang saya rasai tidak ada tolok bandingannya. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Allah.”

Rujukan: http://www.arabnews.com/?page=1&section=0&article=76202&d=13&m=1&y=2006&pix=kingdom.jpg&category=Kingdom

Dr. Ingrid Mattson (Roman Katolik dari Kanada)

Dr. Ingrid Mattson berasal dari Kanada. Beliau mendapat ijazah dalam bidang falsafah di University of Waterloo, Ontario, pada tahun 1987. Pada asalnya beliau Dr. Ingrid Mattsonmenganuti agama Kristian Roman Katolik namun disebabkan beliau tidak berasa damai dan tidak berasa dekat dengan Tuhan beliau terus mengkaji demi mencari kebenaran hakiki. Pencariannya membawanya kepada Islam dan ketika berumur 23 tahun beliau memeluk Islam. Solatnya yang pertama begitu bermakna baginya kerana ketika itulah, buat pertama kalinya, beliau berasa begitu dekat dengan Tuhan.

Pada tahun 1999 beliau memperoleh ijazah PhD dari University of Chicago dalam bidang Pengajian Islam. Pengalaman beliau merangsangnya untuk menulis pelbagai artikel bertujuan untuk membetulkan tanggapan negatif sebahagian masyarakat antarabangsa terhadap Islam. Artikel-artikel tulisan beliau banyak memfokuskan kepada aspek undang-undang Islam dan kerelevanannya dengan masyarakat sekarang, isu berkaitan gender dan kepimpinan serta isu-isu semasa yang melanda umat Islam masa kini. Di samping itu beliau sering di undang untuk bercakap di TV serta forum-forum antarabangsa berkaitan isu yang melanda umat dan agama Islam.

Pada hari ini Dr. Ingrid Mattson merupakan Pengarah kepada projek yang dikenali sebagai Islamic Chaplaincy. Beliau juga adalah Profesor di Macdonald Center for Islamic Studies and Christian-Muslim Relations di Hartford Seminary, Hartford, CT. Pada tahun 2006 beliau dilantik menjadi Presiden kepada Pertubuhan Islam Amerika Utara (ISNA).

Rujukan: http://macdonald.hartsem.edu/mattson.htm

Jang (Bangsa China)

Jang berasal dari negara China. Beliau menceritakan kepada staf IslamOnline bahawa perjalanannya kepada Islam bermula dengan isu pengharaman khinzir Jang(babi). Beliau berasa pelik mengapa Islam mengharamkan babi lantas beliau membuat kajian tentangnya dengan membaca beberapa majalah perubatan moden dan perubatan China tradisional. Beliau mendapati beberapa saintis mengatakan daging babi menyebabkan tidak kurang daripada 70 penyakit. Malah perubatan China tradisional juga membuat konklusi yang lebih kurang sama dengan mengatakan bahawa daging khinzir adalah antara makanan yang amat berbahaya bagi kesihatan manusia.

Selepas memeluk Islam Jang memilih nama Selim sebagai nama Islamnya sekali gus mengikut jejak langkah lebih kurang 30 juta Muslim yang terdapat di negara China pada hari ini.

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=Article_C&cid=1201958071962&pagename=Zone-English-News/NWELayout.

Diedit untuk mindasuper.com oleh Dr. Danial Zainal Abidin.

Hasil Nukilan :

Dr. Danial Zainal Abidin
dzcsyifa@streamyx.com
http://danialzainalabidin.com

SEKALUNG INGATAN DI HARI LAHIR





Sedar tak sedar telah 23 tahun berlalu. Terkadang mak merasakan puteri mak masih kecil dan amat perlu dilindungi. Terlalu cepat masa berlalu . Ketika kecil puteri kedua ku ini amat manja. Maklumlah lahir berselang tahun ngan kakak. Semasa kecil Kalau Miss N demam atau kurang sihat , mesti dia akan tidur diatas badanku sepanjang malam. Jadi sepanjang malam tu kenalah aku tidur keras macam papan katil. Agak- agak boleh lena dakkk dalam keadaan macam tu.....

Miss N ni masa kecil memang tak berkenan dengan benda2 yang kotor dan memjijikkan. Terkadang aku pun hairan juga mcam manalah medic menjadi pilihannya. Tapi yalah kata orang tua Anak Sungai pun Berubah inikan pula hati dan sikap orang. Walau apapun mak bangga dengan YOU...

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN

MOGA SENTIASA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH

We (me and Daddy) may not often mention this

but all the same, it's true

We are fortunate

to have a daughter like you

And because you mean

so much to us

we're wishing you

with LOVE

A Birthday filled with all the things

you're specially dreaming of

HAPPINESS ALWAYS

Penat tunggu pkl 12.00 tgh malam

nak publish this N3

Happy Birthday

from:

Mum And Dad